Beberapa tahun yang lalu saya ada meletakkan satu pos dalam blog saya ini tentang satu perkara yang saya lihat sendiri dan gambarkan. Tak payahlah saya ceritakan apa yang saya lihat. Cuma ia sedikit ganjil dan berlainan dari norma biasa dan boleh dikatakan mengaibkan juga. Untuk menghormati orang-orang yang saya gambarkan, saya tidak menyebut nama mereka.
Memang betul kata orang putih 'A picture tells a thousand words'. Baru-baru ini saya menerima email dari salah seorang yang saya gambarkan itu meminta saya membuang pos berkenaan. Katanya ia sering ditanya mengenai perbuatannya yang jelas saya gambarkan itu, walau pun gambar itu cuma disebarkan dalam blog persendirian. Untuk menghormatinya saya telah membuang cerita dan gambar mengenainya dalam pos itu walaupun saya tidak perlu berbuat demikian. Saya tidak membuang semua pos itu seperti yang dimintanta kerana ada cerita-cerita lain di dalamnya.
Orang yang biasa menulis termasuk penulis blog memang suka menulis benda-benda yang pelik dan ganjil walaupun ia mungkin mengaibkan. Kerana cerita macam itulah yang ditunggu-tunggu oleh pembaca. Contohnya baru-baru ini seorang pemain bolasepak di England menggigit lengan lawannya. Berita itu menjadi satu sensasi sehingga Perdana Menteri Britain pun masuk campur. Walau pun pemain itu tidak dilayarkan kad kuning atau merah semasa permainan, perbuatannya telah dirakam oleh kamera. Akibatnya dia sekarang dihukum tak boleh main bola sepuluh kali.
Tetapi saya hairan juga ada manusia yang tidak mengaku bila gambarnya dalam keadaan mengaibkan disebarkan. Bukan sahaja tidak mengaku, tetapi menjatuhkan kesalahan kepada pengambil dan pengedar gambar. Itu semua fitnah, katanya. Syukurlah tidak ada seorang pun yang menuduh saya memfitnah apabila saya membuat pos blog saya itu.
Tetapi bagi saya senang sahaja. Jika kita tidak mau diaibkan dengan penyebaran gambar-gambar dan sebagainya, janganlah kita membuat perkara-perkara aib tersebut.

No comments:
Post a Comment