Aku rasa bertuah kerana dalam hidupku dari bujang hingga berumahtangga dan berpindah rumah beberapa kali jiran-jiranku baik-baik belaka. Tetapi bak kata pepatah Melayu, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang aku rasai sekarang. Lebih malang bagiku kerana ia terjadi di masa aku sudah bersara, di mana aku terpaksa menghabiskan masa hidupku dengan duduk di rumah. Tidak seperti dulu di mana aku bekerja di waku siang dan cuma duduk di rumah di waktu petang hingga ke malam.
Apabila aku membeli rumah aku sekarang selepas bersara aku juga rasa bertuah. Rumah ku ialah rumah berkembar satu tingkat, yang jarang-jarang dibina oleh pemaju sekarang. Rumah yang berkembar dengan rumah ku dipunyai dan didiami oleh satu keluarga suami isteri masih bekerja dan anak-anak masih belajar. Mereka tidak menimbulkan apa-apa masalah terhadap ku.
Rumah sebelah lagi yang terpisah dengan rumah ku dengan pagar dimiliki dan didiami oleh sepasang suami isteri bekerja yang belum mempunyai anak. Pernah di satu masa suami bekerja di luar negara dan isteri tinggal di Kuala Lumpur dengan ibu bapanya kerana bekerja di sana. Jadi rumah ditinggalkan kosong beberapa lama. Sehingga aku gunakan rumah mereka untuk meletak kereta aku dengan dengan balasan rumput di halaman rumah mereka aku potong. Si suami kemudian pulang ke tanah air dan tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur juga.
Keadaan aman yang aku rasa tiba-tiba berubah apabila tuan rumah ini memutuskan rumah mereka disewa. Rumah yang sebelum ini sunyi tiba-tiba hoghuk pighuk (bahasa Negeri Sembilan bermakna riuh rendah) dengan ketibaan lapan orang penghuni, empat dewasa dan empat kanak-kanak. Empat dewasa terdiri dari dua pasangan suami isteri di mana yang perempuan adik beradik. Satu pasangan tidak mempunyai anak, manakala empat kanak-kanak itu ialah anak kepada pasangan yang lagi satu.
Biasalah adik beradik dan ibu bapa kepada dua pasangan itu sering datang ke rumah mereka dan menambahkan keriuhannya. Aku pun masih mempunyai ibu dan adik beradik aku dan isteriku juga sering datang dengan keluarga mereka ke rumah ku.
Tetapi yang aku tak tahan ialah kerenah anak-anak mereka. Aku hanya berasa aman apabila mereka ke sekolah. Jika tidak suara mereka sahaja yang terdengar terjerit-jerit. Di samping itu kedengaran bunyi lentang lentung bila mereka bermain bola di dalam dan di luar rumah.
Kalau bermain bola dalam kawasan rumah mereka tak apa juga. Itu pun sudah beberapa kali bola mereka masuk ke halaman rumah ku dan aku sendiri terpaksa membaling bola itu ke rumah mereka. Pernah juga mereka memanjat tembok rumah aku untuk mendapatkan semula bola mereka.
Yang membuat aku tidak tahan ialah apabila mereka main bola di atas jalan betul-betul di depan rumah ku ini. Kenapa di depan rumah aku dan tidak depan rumah mereka? Kerana keluarga ini tidak pernah meletak kereta dalam kawasan rumah. Empat dewasa itu mempunyai satu kereta tiap seorang. Jadi empat kereta diletak di kiri kanan jalan depan rumah mereka, sedangkan orang-orang lain meletak kereta dalam rumah.
Pintu pagar aku yang dikawal jauh itu (remote controlled) telah beberapa kali di hentak oleh bola mereka. Sedangkan di depan rumah kami ialah padang bola.
Seperti biasa bola mereka juga sering melantun ke halaman rumah ku dari jalan itu walau pun pintu pagar tertutup. Tetapi kejadian pada empat hari yang lepas betul-betul mencabar kesabaran aku.
Waktu itu hampir Maghrib dan aku melayan komputer riba ku. Sebelum itu kanak-kanak ini bermain bola di padang dengan kanak-kanak lain. Apabila kawan-kawan mereka balik ke rumah masing-masing, mereka pula meneruskan main bola di jalan depan rumah aku ini. Pintu pagar tertutup seperti biasa, tetapi pintu rumah ku dan jeriji terbuka.
Tiba-tiba aku dengar bola melantun mengenai kereta aku dan akhirnya melantun masuk ke dalam rumah. Bagaimana ia boleh terjadi begitu aku tak tahu. Kemudian mereka semua memberi salam 'Assalamualaiikum' di depan pintu pagar rumah ku. Seperti aku kata tadi pintu pagar rumah ku dikawal jauh dan mereka tidak boleh membukanya. Aku terpaksa membuat dosa dengan tidak membalas ucapan salam mereka.
Tidak puas dengan salam mereka memetik loceng kawalan jauh ku beberapa kali. Itu pun aku tidak pedulikan. Sehingga isteri ku datang dari dapur dan bertanya mengapa aku tidak membuka pintu pagar apabila loceng dibunyikan dan terdengar olehnya di dapur. Aku pun terus menunjukkan kepadanya bola yang ada di hadapannya. Isteri ku terus berkata jangan layan ucapan salam itu, jangan buka pintu pagar dan jangan kembalikan bola itu kepada mereka. Jahatnya kami. Setelah beberapa minit tidak dilayan mereka pun pulang ke rumah mereka.
Dua hari lepas, juga hampir waktu Maghrib mereka sekali lagi memberi salam di luar pintu pagar rumah kami dan memetik loceng beberapa kali. Sekali lagi mereka tidak aku layan.
Kesabaran ku ada hadnya.

No comments:
Post a Comment