Sunday, October 19, 2014

Tiga hari dua malam di Pelegong Homestay.

Hari ini bila kita menyebut 'homestay' kita terbayang rumah-rumah jenis teres, berkembar atau banglo sama ada satu atau dua tingkat yang disewakan sepenuhnya untuk satu atau dua malam di bandar-bandar. Tiap-tiap rumah lengkap dengan perabot, katil dan pinggan mangkuk dan mungkin juga dapur memasak.

Ia kebanyakannya disewakan pada hujung minggu untuk ahli keluarga yang 'menghantar pengantin'. Saya sendiri pernah berkali-kali singgah di 'homestay' begini untuk beberapa jam sementara menunggu pengantin siap. Ini juga bermakna saya tidak pernah bermalam di dalamnya.

Perniagaan 'homestay' begini sungguh menguntungkan kepada tuan-tuan punyanya sehingga ramai yang berpendapat menjadikan rumah-rumah mereka begitu lebih baik dari menyewanya secara bulanan.

Sebenarnya menamakan rumah-rumah sedemikian dengan nama yang agak glamour itu adalah salah. Tetapi apa boleh buat tidak ada tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang menyalahagunakan bahasa asing itu. Orang Melayu suka menggunakan bahasa asing untuk menunjukkan mereka faham bahasa itu walau pun sebenarnya tidak. Contohnya menyebut 'Aku tension' menunjukkan dia tegang, walau pun sebenarnya dia patut menyebut 'Aku tense'.

Tiga hari dan dua malam yang lepas saya tinggal di tempat yang lebih tepat dipanggil 'homestay'. Tempat itu ialah 'Pelegong Homestay' di Labu, Seremban, Negeri Sembilan. Saya tinggal atau 'stay' di rumah bersama-sama satu keluarga di kediaman atau 'home' mereka. Saya makan apa yang mereka makan bersama-sama mereka.

Ini berbeza dengan cara di perenggan satu, dua dan tiga di atas. Cara itu lebih layak dipanggil 'housestay' kerana rumah-rumah jenis itu tidak menjadi 'home' kepada tuan-tuan punyanya. Ingat ada peribahasa Inggeris yang menyebut 'A house is not always a home.

Tidak payahlah saya menceritakan lebih lanjut mengenai 'Pelegong Homestay' kerana butir-butir mengenainya boleh didapati dengan melayar internet. Cuma saya merasa bertuah menjadi seorang 'anak angkat' Pelegong Homestay. Gambar-gambar berikut menceritakannya. Jika pembaca inginkan kelainanan,  Pelegong Homestay ialah pilihan yang tidak mengecewakan. 

Kita terpaksa melalui terowong di bawah Lebuhraya Utara - Selatan untuk ke Kg. Pelegong.


Satu lagi 'terowong' di Kg. Pelegong. Jarang-jarang saya melihat 'terowong' seperti ini di mana-mana.

Rumah bapa angkat saya di Kg. Pelegong.

Bersama bapa angkat saya setelah minum pagi. Bapa angkat ini cuma tua beberapa tahun dari saya.

Satu lagi tarikan yang jarang-jarang dijumpa, jeram yang bernama Jeram Tebrau.


1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Abdul Hamid Hussin - Sey lon try laie