Tuesday, March 10, 2015

Kali ketiga bererti serangan musuh.

Dalam satu filem tontonan saya ada disebut "Dalam risikan tentera musibah kali pertama diluar jangka, musibah kali kedua kebetulan, tetapi musibah kali ketiga bererti serangan musuh". 

Musibah yang ingin saya kaitkan di sini ialah mengenai satu tiang meter letak kereta berkembar di satu kawasan kedai di bandar Seremban berhampiran dengan pejabat saya. Ia telah menimpa musibah bukan setakat tiga kali, tetapi berpuluh dan mungkin beratus kali.

Saya mula curiga dengan musibah ini apabila melihat sebuah kereta Kancil hijau diletakkan di tengah-tengah jalan di kawasan ini (seperti gambar pertama dibawah). Kemudian saya merumuskan bahawa tuan punya Kancil itu telah 'menempah' dua petak letak kereta di kiri kanan satu tiang meter letak kereta sedangkan tidak ada tulisan 'KHAS' di kedua petak tersebut.

Kenapa dia 'tempah' dua petak tersebut? Kerana meternya ditulis ROSAK. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali (serangan musuh), tetapi berpuluh dan mungkin beratus kali. 

Jadi apa pihak berkuasa buat? Tuhan sahaja yang tahu. Saya pernah mengadu secara rasmi dan tidak rasmi kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Tetapi mengetahui MPS kerana pernah bekerja 37 tahun dengannya, tindakan mereka ibarat 'pahat dengan pemukul'. Sekali adu, sekali bertindak.

Lebih-lebih lagi meter itu bukan kepunyaan mereka. Ia dikontrak kepada pihak swasta walau pun MPS mempunyai kuasa menyaman mereka yang tidak meletakkan duit ke dalamnya. Tetapi jika meter ditulis ROSAK, MPS tak boleh buat apa-apa walau pun ini bermakna hasil mereka berkurangan kerana tidak dapat hasil dari saman.

Setelah jemu menjadi pahat semalam saya telah menalipon syarikat meter itu dengan memberi satu nombor meter yang jelas nampak dari pejabat saya. Mereka kata akan datang menyiasat. Pagi tadi saya perhatikan meter yang diadu sudah baik, tetapi kembarnya masih ROSAK dan saya telah menalipon sekali lagi dan kali ini saya sendiri melihat seorang kakitangan mereka datang (seperti gambar kedua di bawah).

Saya perhatikan kakitangan itu mengeluarkan satu kertas yang dilipat yang dimasukkan ke slot duit. Kertas ini telah meROSAKkan meter itu. Bila ketas ditarik keluar, meter tidak ROSAK lagi. Alamak, senangnya meROSAKkan meter letak kereta. 

Apa yang menarik saya lagi ialah jika beberapa bulan dulu ada sebuah kerata Kancil hijau diletakkan di tengah-tengah jalan sebelah meter tersebut, kali ini terdapat sebuah kereta Naza Suria berwarna oren pula. Saya percaya tuan punya kedua-dua kereta adalah orang sama.

Mungkin kerana lepas dari membayar duit meter letak kereta begitu lama, tuan punya kereta Kancil sanggup menukar kereta.

Mungkin orang menganggap saya menyibuk dalam hal ini, sedangkan saya tidak ada apa-apa lagi dengan MPS. Siapa kata tidak ada apa-apa? Walau pun pencen saya dibayar oleh Kerajaan Malaysia, MPS masih membiaya kos perubatan saya dan keluarga, jika perlu. 

Bayangkan semua meter letak kereta di bandar Seremban diROSAKkan dan tiada pungutan dari meter atau saman letak kereta. Ini akan menyebabkan MPS kekurangan peruntukan. Mungkin MPS akan memotong peruntukan perubatan untuk kakitangan dan bekas kakitangan mereka. 

Oleh itu kepada kakitangan MPS yang masih bertugas saya harap JANGAN MARE.
  
Sekian.  

Gambar beberapa bulan dulu. Kereta Kancil diletak di tengah-tengah jalan. Semasa diletak petak-petak dikanannya disi kereta.

Gambar tengah hari tadi. Kereta Naza Suria yang saya percaya dipunyai oleh orang yang sama diletak tepat di tempat yang sama. Ia menunggu kereta hitam di petak ROSAK keluar. Sila juga lihat kakitangan syarikat meter memeriksa meternya. Juga perhatikan kereta Kancil didepan tu dikenakan saman sedangkan kereta yang diletak di tengah-tengah jalan tidak dikenakan apa-apa tindakan.

3 comments:

Abdul Hamid Hussin said...

Itu lah kesedaran sivik namo nya. Banyak masalah, pembaziran, salah laku boleh di selamatkan kalau ramai warga negara ini mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. SYABAS saudara Maarof. Perkara kesedaran sivik ini berleluasa di negara-negara maju.

Anonymous said...

Tah bilo eh MPS nie nak berubah.. ese pun dah naik muak ngan peel pegawai2 MPS.. pemaleh..dah tu suko menemberang otg ramai.. Ado srkali den naik hangin kek opis MPS..baru lah dtg nengok masalah longkng kek kg den.. Nie kor org eh yg nak kojo sampai 60 tahin nie??

azmnor said...

Bagaimana nak mencapai Wawasan 2020 dan sebagai Negara Maju jika perkara-perkara yang mudah ini tidak dapat dilaksanakan dan diwaktu semua warga N9 khususnya dan Malaysia amnya mesti sama-sama mengambil tanggungjawab dalam membendung "ketirisan" seperti ini...waullahua`lam.