Friday, March 6, 2015

Lain yang dicari lain yang dijumpa.

Ia bermula apabila beberapa pegawai dari Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (lebih dikenali sebagai JPA Pencen) datang ke pejabat persatuan saya iaitu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Sembilan dalam lawatan mereka dua bulan sekali untuk bertemu dengan pesara-pesara kerajaan. Sebelum ini mereka datang sebulan sekali, tetapi kekerapan ini telah dijadikan dua bulan sekali ekoran tindakan saya juga.

Saya perhatikan saya sendiri boleh membantu pesara-pesara kerajaan dengan mereka tidak payah bertemu dengan pegawai-pegawai JPA Pencen sebulan atau dua bulan sekali. Itulah sebabnya semakin kurang mereka datang untuk bertemu muka dengan pegawai-pegawai tersebut kerana saya sendiri telah banyak menyelesaikan masalah mereka.

Dari dulu lagi saya sangat benci dengan sikap kakitangan kerajaan yang selalu lepas tangan atau 'pass the buck' bila menghadapi apa-apa masalah. Mungkin saya terbawa sikap itu apabila bersara, cuma kali ini saya berasa seronok kerana menolong mereka yang setaraf saya iaitu pesara kerajaan.

Kali ini selain melayan tetamu, pegawai-pegawai JPA Pencen ingin bertemu dengan seorang pesara dan ahli persatuan yang uzur di rumahnya. Saya telah mengenalpasti pesara itu, cuma di waktu pertemuan yang dijanjikan dia sedang menerima rawatan dialysis buah pinggang di satu hospital. Saya pun menghubungi pihak hospital dan mereka tiada halangan seorang pesakit dilawati semasa membuat dialysis. Saya pun menghubungi Yang Di Pertua dan beberapa ahli jawatankuasa persatuan untuk mengiringi pegawai-pegawai JPA Pencen semasa lawatan tersebut.

Saya terperanjat besar kerana kami disambut begitu mesra oleh pihak hospital iaitu Hospital Mawar di Jalan Rasah, Seremban. Ini mungkin kerana boss hospital itu juga seorang pesara kerajaan dan ahli persatuan kami. Kami dibawa terus ke bilik di mana dialysis buah pinggang dijalankan. Berikut ialah cerita bergambar lawatan saya ke hospital tersebut:

Pegawai-pegawai JPA Pencen melayan pesara kerajaan di pejabat persatuan.

En. Syukran seorang Pengarah JPA Pencen menyertai kami dan disambut mesra oleh pihak Hospital Mawar, Seremban.

Kami memulakan lawatan ke bilik dialysis. Boleh dikatakan semua pesakit di sini ialah pesara kerajaan atau tanggungan yang rawatan mereka dibiayai penuh oleh kerajaan. 

Pesakit ini sedang diberi makanan oleh staff hospital.

Seorang pesakit ditemani isterinya.


Ini dia pesara dan ahli persatuan yang ingin kami jumpa. Selain menerima dialysis dia juga berkaki satu.

En. Syukran menyampaikan buah tangan bagi pihak Kerajaan Malaysia. Beruntung dia menjadi ahli persatuan kami.

Bergambar ramai dengan pegawai-pegawai JPA Pencen dan persatuan. 

Dia isteri kepada pesara kerajaan.

Seorang kenalan lama saya yang baru saya tahu menerima rawatan dialysis.

Seorang staff pejabat saya dulu.

Lihatlah Hj. Ghazali dan Hj. Khalil sudah berumur lebih 70 tahun tetapi masih sihat, mungkin kerana masih aktif dalam kerja-kerja persatuan.

Saya tidak lepas peluang bergambar.

Akhirnya kami diraikan oleh pihak Hospital Mawar. Di hujung kanan itu ialah Dr. Tarmizi Thayalan, pengarah hospital ini yang juga seorang pesara kerajaan dan ahli persatuan kami.

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Cantik.....persatuan yang berurusan secara profesyenal.....