Dato' Rahman Yeop duduk di kerusi semasa berucap.
Dia sebak bila dihadiahkan hadiah harijadi berupa wang ringgit oleh seorang anak muridnya. Saya kira jumlah wang lebih kurang sama dengan pencen sebulan Dato'.
Pagi tadi saya pergi ke satu majlis reunion sekolah saya. Sebenarnya sekolah saya itu, Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR telah berpindah beberapa kali. Mulai tahun 2002 barulah ia berpindah ke kampus kekalnya di Sungai Gadut, Seremban.
Kali ini reunion dibuat di Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Jalan Sikamat, Seremban yang lebih dikenali sebagai SASER. Sekolah ini pernah menempatkan SDAR dari tahun 1972 hingga 2001. Saya tidak sempat bersekolah di sini kerana telah meninggalkan SDAR Tg. Malim, Perak pada tahun 1967.
Apa yang saya hendak ceritakan di sini bukanlah tentang sekolah, tetapi mengenai tetamu khas kami. Beliau ialah Dato' Abdul Rahman Yeop yang menjadi Pengetua SDAR dari 1974 hingga 1980. Dia memegang rekod Pengetua paling lama di SDAR. Selepas ini saya akan memanggilnya sebagai Dato' Rahman.
Di majlis tadi Dato' Rahman dikejutkan bila seorang anak muridnya menghadiahnya dengan sejumlah wang yang saya kira (dari pengalaman saya yang aktif dalam satu persatuan pesara kerajaan), lebih kurang sama jumlah dengan sebulan pencennya. Anak muridnya itu sekarang menjadi seorang usahawan berjaya.
Ini mengingatkan saya di satu majlis di Putrajaya beberapa tahun yang bila bila seorang lagi anak muridnya yang baru dilantik menjadi Menteri kabinet Malaysia mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kejayaannya di bidang politik.
Di majlis tadi Dato' Rahman dikejutkan bila seorang anak muridnya menghadiahnya dengan sejumlah wang yang saya kira (dari pengalaman saya yang aktif dalam satu persatuan pesara kerajaan), lebih kurang sama jumlah dengan sebulan pencennya. Anak muridnya itu sekarang menjadi seorang usahawan berjaya.
Ini mengingatkan saya di satu majlis di Putrajaya beberapa tahun yang bila bila seorang lagi anak muridnya yang baru dilantik menjadi Menteri kabinet Malaysia mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kejayaannya di bidang politik.
Apa yang saya hendak ceritakan bukanlah mengenai apa-apa kejayaan yang telah dibuat oleh Dato' Rahman untuk SDAR, yang sudah pasti banyak. Saya hendak ceritakan apa yang telah dibuatnya yang ramai orang tidak tahu.
Sebenarnya Dato' Abdul Rahman pernah berjasa kepada kejayaan bolasepak Negeri Sembilan dan inilah yang saya katakan ramai orang tidak tahu. Dato' Rahman berasal dari Perak dan sekarang menetap di Kuala Lumpur selepas bersara.
Sebelum tahun lapan puluhan taraf bolesepak Negeri Sembilan amat rendah. Kami dengan senang dikalahkan oleh pasukan-pasukan negeri lain, walau pun di tempat sendiri. Mungkin salah satu sebab ialah kerana kami tidak mempunyai stadium yang besar di masa itu. Tetapi negeri jiran kami Melaka juga tidak mempunyai stadium yang besar. Tetapi taraf bolasepak mereka di masa itu lebih tinggi dari Negeri Sembilan.
Beberapa orang pencinta bolasepak telah berbincang mengenai perkara ini dan ingin saya nyatakan di sini bahawa saya sama-sama terlibat dalam perancangan itu. Kebetulan saya menjadi pengurus pasukan bolasepak jabatan saya Majlis Perbandaran Seremban atau MPS, dan kelab saya antara yang dipilih menganggotai Majlis Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan atau NSFA. Saya pula dilantik oleh kelab sukan MPS untuk duduk di kerusi Majlis tersebut.
Satu hari saya menerima panggilan telefon dari seorang guru SDAR. Kebetulan guru ini ialah jurulatih kepada salah satu pasukan kelab bolesepak di Negeri Sembilan yang bertempat di Seremban. Dia minta saya datang ke kuarters Pengetua SDAR pada satu malam. Oleh kerana SDAR ialah sekolah saya dan ramai staff mereka termasuk Dato' Rahman sebagai Pengetua mengenali saya, tidak menjadi masalah bagi saya untuk ke sana.
Saya dapati antara yang dipanggil ke rumah Pengetua ialah kawan-kawan saya yang sama-sama menjadi Ahli Majlis NSFA. Selain menjadi tuan rumah Dato' Rahman juga menjadi pengerusi mesyuarat.
Dato' Rahman seolah-olah sudah tahu mengenai kedudukan bolasepak Negeri Sembilan. Dia memang berhak bercakap, kerana di masa itu SDAR kuat dalam bolasepak antara sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Guru yang menjadi jurulatih kelab itu juga menjadi jurulatih pasukan bolasepak SDAR.
Di masa itu perlembagaan NSFA menyebut jawatan Setiausaha hendaklah dipilih di Mesyuarat Agung. Tidak seperti sekarang di mana jawatan Setiausaha kebanyakan NGO ialah atas lantikan Pengerusi, Presiden atau Yang Di Pertua.
Kami dapati Setiausaha NSFA di masa itu amat berkuasa. Tetapi beliau jugalah punca kemerosotan bolasepak Negeri Sembilan. Beliau pula tidak mahu melepaskan lawatan kerana kepentingan peribadi.
Kesimpulannya Setiausaha tersebut hendaklah dijatuhkan di Meyuarat Agung akan datang dan diganti dengan 'orang kami'. Bukan itu sahaja, Ahli-ahli Majlis NSFA juga hendaklah terdiri dari 'orang-orang kami' sebagai majoriti. Tidak guna mempunyai Setiausaha 'orang kami' sedangkan Ahli-ahli Majlis terdiri dari mereka yang asyik menentangnya.
Di sinilah Dato' Rahman menggunakan kebijaksanaannya mengatur strategi. Kami telah bermesyuarat secara sulit dan rahsia di rumahnya untuk beberapa kali di waktu malam. Sehingga di satu ketika beliau ada bertanya 'Kalau mahu jumpa Tuanku, saya boleh aturkan' yang bermaksud menggunakan penglibatan Yang Di Pertuan Besar, Negeri Sembilan. Kami jawab tidaklah sampai begitu sekali.
Dipendekkan cerita, di Mesyuarat Agung NSFA seterusnya Setiausaha lama dijatuhkan oleh 'orang kami'. Ahli-ahli Majlis yang dipilih juga kebanyakannya 'orang kami'. Dari situlah bermulanya kebangkitan bolasepak Negeri Sembilan, yang dirancang oleh seorang yang bukan berasal dari Negeri Sembilan.
3 comments:
Syabas sdara Ahmad Maarof .. saya Azizan , sdara batch 7478 . Saya setuju dengan apa yg hendak d sampaikan . Saya juga menyokong apa yg sdara cuba sampaikan . Cuma ada segelintir sdara tidak berpandangan sebegitu . Once a sdarian always a sdarian . Dato Abdul Rahman Yeop adalah org nya yg telah menaja penubuhan SDARA . Dimana mengikat sdarian semua d bawah satu bumbung . Secara sihat nya , kita akan nenyokong semua aktiviti yg d jalankan oleh Sdarian .. Syabas kpd AJK dan penganjur sambutan 60 tahun Sdar d Sikamat ..
Bukan sahaja kebangkitan bolasepak N9, beliau jugalah yg menjadi pencetus Pertandingan Wau dan Layang-layang yg sebelum ini hanya dijadikan acara kebudayaan dan tradisi rakyat pantai Timur. Beliaulah yg mencetuskan idea ini dan berjaya mencungkil bakat pembuat wau dikalangan pelajar2 SDAR ketika itu, seingat saya Ke Bawah Duli Yg DiPertuan Besar turut hadhir sebagai tetamu utk merasmikan pertandingan tersebut yg dihebahkan secara meluas di semua akhbar2 termasuk yg berbahasa Tamil dan Cina. Beberapa tahun selepas itu barulah kita dengar pertandingan sedemikian diperingkat yg lebih tinggi diadakan di Pasir Gudang, Johor.
Bro bukan Ahmad Maarof tapi Maarof - orang yg berbeza
Post a Comment