Sidang Dewan Rakyat baru selesai beberapa hari yang lalu. Saya minta maaf kerana tidak mengambil tahu ia sidang ke berapa dari penggal yang ke berapa.
Saya jarang-jarang mengikuti sidang Parlimen di TV, melainkan semasa pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, yang di kebelakangan ini dipegang oleh siapa yang juga menjadi Perdana Menteri. Tetapi entah kenapa apa saya tertarik untuk mengikuti sidang Dewan Rakyat yang baru ditangguhkan itu di secara langsung.
Apa yang menarik perhatian saya ialah berapa Ahli Parlimen, termasuk seorang Menteri menggunakan apa yang kita panggil rehal semasa berhujah. Orang Melayu dan Islam tentu tahu bahawa rehal biasanya digunakan semasa membaca Al Quran. Menggunakannya juga semasa pembaca duduk bersila.
Tetapi kali ini Ahli-ahli Parlimen tersebut menggunakan rehal untuk meletakkan kertas bacaan mereka sambil berdiri. Peraturan menghendaki mereka berdiri semasa bercakap, melainkan mereka duduk di atas kerusi roda, contohnya.
Bagi saya jika kegunaan rehal itu menyelesakan mereka yang menggunakannya, teruskan. Tidak ada peraturan menyatakan ia hanya untuk menampung Al Quran yang sedang di baca. Jika seorang bukan Islam menggunakannya, pun tidak salah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment