Saya ada seorang sepupu yang menjadi orang kuat satu persatuan penjaja dan peniaga kecil di negeri Selangor. Katanya dia selalu menjadi ahli panel temuduga untuk memilih peniaga-peniaga untuk mengisi gerai-gerai kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT di negeri itu.
Mengikutnya PBT di Selangor berbuat demikian kerana memikirkan orang kuat persatuan sepertinya tentu tahu siapa yang betul-betul boleh berniaga.
Saya pernah mengemukakan cadangan kepada jabatan saya Majlis Perbandaran Seremban atau MPS supaya mengikut apa yang dibuat di Selangor. Tetapi cadangan saya ditolak. MPS menganggap persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil sebagai parti pembangkang. Bagi mereka mana boleh parti memerintah duduk semeja dengan parti pembangkang?
Panel temuduga untuk mengisi gerai-gerai kosong terdiri 100% dari Ahli-ahli Majlis dari parti-parti politik kerajan semasa. Sebenarnya temuduga tersebut sabagai syarat sahaja. Di akhir temuduga setiap ahli panel akan mengemukakan nama-nama pilihan mereka yang tidak langsung berasaskan kepada apa yang dipersembahkan oleh pemohon-pemohon semasa temuduga.
Calon-calon yang terpilih ada yang langsung tidak pernah menjalankan perniagaan. Contoh yang terbukti dapat dilihat di kompleks yang dipanggil Kompleks Penjaja Ampangan di Ampangan, Seremban. Salah satu sebab mengapa kompleks itu menjadi gajah putih ialah kerana pemilihan peniaga yang tidak betul.
Di sini saya berharap PBT di Negeri Sembilan yang sekarang ditadbir oleh satu kerajaan baru tidak mengamalkan apa yang dilakukan oleh kerajaan lama sebelum ini.
Bersambung.......
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment