Wednesday, June 18, 2008

Masjid India Muslim Ulu Temiang, Seremban - Bahagian 2

Salah satu kegemaran saya ialah mengambil gambar. Semasa belum ada kamera digital dulu boleh tahan juga wang yang saya belanjakan untuk mengambil gambar-gambar. Apabila kamera sudah dipetik belum tahu lagi gambarnya akan memuaskan hati. Tetapi sekarang degan teknologi digital wang dapat dijimatkan untuk menikmati kegemaran ini. Gambar-gambar yang tidak memuaskan boleh dibuang tanpa kos.

Saya lah diantara yang mula-mula menggunakan kamera digital di pejabat saya. Sampaikan apabila tiba masanya kami diberi kamera seorang satu boss saya mengarahkan supaya saya tidak diberi kamera. "Dia dah ada kamera sendiri" katanya. Saya cuba membantah dengan menanya "Menteri-menteri yang sudah ada kereta tu tak payahlah diberi kereta rasmi". Saya tak hendak menyebut big boss saya yang juga diberi kereta rasmi. Kalau disampaikan kepada boss sikit susah juga saya. Tetapi boss saya tetap dengan pendiriannya. Jadi kawan-kawan saya semua dapat kemera percuma sedangkan saya terpaksa guna kamera sendirian berhad.

Akhirnya saya dapat satu idea. Saya tanyakan kepada boss jika kamera saya rosak bolehkah pejabat membayar kos pembaikannya? Dari itu saya pun diberi satu kamera walau pun kamera sendirian berhad saya lebih bermutu.


Di atas ialah gambar Masjid India Muslim Ulu Temiang yang saya ceritakan beberapa minggu yang lalu. Sejak dari gambar itu diambil beberapa perubahan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Masjid. Saya difahamkan Pejabat Menteri Besar juga ada memberi peruntukan. Patut juga tu setelah Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini yang menyebabkan kawasan di sekitar Masjid ini jatuh ke tangan parti pembangkang.

Ini ialah gambar terbaru. Masjid ini sudah bertukar wajah. Berbaloi juga saya mengambil gambar lama tu. Kalau dengan gambar baru saya nak ceritakan Masjid ini pernah dilanda banjir siapa nak percaya. Sekurang-kurangnya gambar lama masih menunjukkan tanda-tanda banjir. Tetapi siapa yang memilih warna baru ini mempunyai akal juga. Atapnya diberi warna biru gelap mungkin untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar. Diading Masjid diberi warna cat baru yang cuma cerah sedikit dari warna air Sungai Temiang yang mengalir di hadapan Masjid ini. Jadi jika dilanda banjir sekali lagi tidaklah ketara sangat perubahan wajahnya.

No comments: