Friday, February 13, 2009

Cili saya dipetik orang



Apabila saya membeli rumah saya sekarang lebih dari tiga tahun yang lalu saya mengambil keputusan untuk menanam sayur-sayuran di sebidang tanah di bahagian belakang. Saya pun memanam cili padi, serai, pandan, limau purut, bendi, sawi, terung, kunyit, daun kesum dan daun kari.

Saya sendiri yang menguruskan penanaman sayur-sayuran ini sedangkan isteri saya cuma meraih hasilnya. Isteri saya pula suka menanam bunga dalam pasu dan diletakkan di bahagian hadapan rumah.

Saya tidak meneruskan menanam sayur bendi dan sawi selepas satu musim. Bagaimana pun penanaman sayur-sayur yang lain diteruskan.

Di antara sayur-sayuran ini cili padi merupakan kesukaan kami. Saya telah mencuba beberapa beberapa jenis cili padi tetapi akhirnya saya tumpukan kepada satu jenis yang benihnya saya dapati dari tanaman ibu saya di kampung.

Di belakang rumah kami tinggal satu keluarga Cina. Mereka mempunyai dua anak lelaki sedang bersekolah menengah dan seorang anak angkat perempuan berumur dua tahun. Rumah kami pula dipisahkan dengan satu pagar setinggi empat kaki. Selain bunga saya perhatikan mereka cuma menanam pandan dalam pasu.

Sudah menjadi budi bahasa kami memberitahu jiran ini jika mereka memerlukan sayur-sayur tanaman saya ambil sahajalah. Lagi pun ada dahan-dahan pokok cili saya sudah masuk ke ruang rumahnya.

Jadi jiran perempuan kami ini pun sekali sekala mengambil daun pandan, serai dan cili padi kami. Isteri saya memikirkan serai itu sedikit semak jadi kami telah memindahkannya di bahu jalan di hadapan rumah. Tinggallah daun pandan dan cili padi sering di ambil oleh jiran saya ini.

Tetapi kebelakangan ini dia sering mengambil cili padi saya seolah-olah ia berhak kepada cili tersebut. Saya tak kisah bila dia memetik buah-buah cili yang masuk ke ruang udara rumahnya. Tetapi ia juga memetik yang berada dalam kawasan rumah saya.

Paling akhir ia berkata ia mengambil untuk diberikan kepada kakaknya. Kalau kami mengenali kakaknya tak apa juga. Kalau jumlah sekali ambil dalam sepuluh biji pun tak apa. Tapi yang untuk kakaknya itu saya rasa boleh sampai setengah kilo beratnya. Ini telah membengangkan kami berdua.

Sebelum kami mahu bertindak apa-apa saya beritahu isteri yang saya akan bertanya kepada mana-mana kawan saya yang berbangsa Cina mengapa jiran saya bertindak demikian. Adakah ini sebahagian dari budaya bangsa mereka yang lain dari budaya kita.

Saya memilih untuk berjumpa dengan seorang kawan saya bernama Leong, tuan punya kedai membaiki motosikal. Leong ini bersekolah Cina dan setahu saya banyak kefahaman tentang adam resam dan budaya bangsanya. Saya menceritakan kepadanya delima kami berdua dan bertanya kepadanya adakah perbuatan jiran saya ini menjadi satu budaya bangsanya.

Leong bertanya berapa jauhkan pokok-pokok cili itu dari pagar memisahkan rumah-rumah kami. Saya jawab paling dekat hanya satu kaki sahaja. Kemudian Leong berkata sudah tentu akar pokok cili saya ada yang menyeberang sempadan dan memasuki kawasan bawah tanah jiran saya.

Mengikut Leong lagi adalah menjadi kepercayaan orang Cina dulu-dulu bahawa dalam kes seperti ini pokok cili saya telah mengambil khasiat dari tanah jiran saya. Ini sama seperti pokok cili saya telah mencuri sebahagian dari harta mereka. Oleh itu dengan mengambil hasil dari pokok cili saya jiran saya samalah seperti mengambil balik haknya.

Saya katakan pada Leong ini bukan kekercayaan lagi. Ini adalah satu fakta saintifik yang betul. Leong mencadangkan supaya saya menanam sayur-sayuran dalam pasu sahaja. Jika tidak pindahkan sayur-sayuran ini ke bahagian hadapan rumah.

Saya pun pulang ke rumah dan menceritakan pandangan Leong ini kepada isteri saya. Beliau faham dan yang paling penting bagi saya segala prasangka kami terhadap jiran kami telah hilang.

Kami kemudian bersetuju akan memindahkan sayur-sayuran kami jauh dari pagar pemisah dengan jiran belakang rumah. Tetapi tunggulah sampai pokok-pokok cili berkenaan mati dahulu.

Apa yang berlaku memberi pelajaran kepada saya supaya kita sepatutnya mempelajari juga adat resam dan budaya jiran-jiran kita terutama yang berbangsa dan beragama lain dari kita.

2 comments:

Mshah said...

Brother Maarof,
Suspen saya dibuatnya. Ingatkan tadi bunga dipetik orang. Lama lagilah nak tunggu nasi minyak ni. he he

Anonymous said...

Sahabat saya berhampiran dengan rumah saya minat sangat berkebun. Depan rumah beliau ada kawasan lapang yang juga kawasan padang budak2 main bolesepak. Pantang cuti atau ada masa lapang beliau menghabiskan masa berkebun.

Macam2 yang beliau tanam dari pokok buahan2 bukanlah pokok durian, manggis, langsat atau duku juga sayur2an dan sedikit pokok herba. Pokok2 yang ditanam hidup subur.

Sahabat saya seorang yang baik hati. Mana2 pokok yang berbuah buah yang masak disedekahkan kepada rakan2. Minta daun pisang, kelapa muda, serai, cili api kalau minta sedikit diberinya saja.

Satu hari adalah `pak gelap dan isteri serta anaknya -tambi' minta beberapa helai daun pisang. Sahabat ni kata `lu angkatlah sendiri'. Maka diambilnya beberapa helai.

Ingatkan tamat disitu saja, beberapa hari kemudiannya datang lagi ambil sampai pucuk2nya sekali tanpa beritahu sahabat ni tadi. Kebetulan sahabat ni baru balik dari kerja dan ditegurnya `apapasal lu angkat sampai habis itu daun' maka dijawab sigelap ni`

Itu hari sudah minta saya angkat lagilah'. Kebetulan daun kelapa dan buahnya yang muda diambilnya juga. Pada hemat saya puak ni kalau diberi peluang habis disapunya.

Oleh kerana itu berhati2lah.Sayang sebuah pekan dahulunya orang kita yang punya hari ini 80 peratus kepunyaan orang lain iaitu pekan BK. Jangan harap nak dapat balik. Menangis tiada guna.

Muhammad, Kajang