Pada hari Sabtu 7 Februari 2009 yang lepas saya menghadiri majlis perkahwinan satu pasangan lama di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Pengantin perempuan ialah anak kepada bekas jiran kami di Taman Paroi Jaya. Dia kahwin kali yang pertama. Pengantin lelaki pula ialah seorang duda kematian isteri.
Yang menarik ialah kedua-dua pengantin berumur lebih setengah abad.
Siap dengan pengiring kanak-kanak kecil dan comel ini. Pasukan kompang pun ada. Mengalahkan Ustaz Fauzee.
Pada pagi tadi pula 9 Februari 2009 saya dan Salmah minum pagi di gerai Majlis Perbandaran Seremban di Taman Desa Rhu, Jalan Sikamat, Seremban. Sedang duduk minum saya nampak kereta ini masuk dipandu oleh seorang lama juga.
6 comments:
Salam!! terima kasih kerana sudi singgah blog saya. saya di Bandar Seremban Selatan next to Seremban Jaya ..
tuan pulak dimana?
kalau tak ada yang lama, tak adalah yang baru kan ..
mem-Besar
Oh Seremban Selatan. Saya ada dua kawan tinggal di situ. Pertama Mejar Shamsudin Mahadi kerja di Jab. Perdana Menteri. Kedua Hazli Jemaat a.k.a. Bob kerja di MIDA.
Saya tinggal di Coral Heights, Sikamat.
salam!! Hazli jiran saya .. yg sama2 memadamkan api semalam!! sepelaung jarak rumah kami ..
Brother Maarof,
Ada yang bertanya kenapa orang lelaki cepat mencari pengganti sedangkan wanita mengambil masa yang agak lama atau terus bersendirian. Pening lalat juga saya hendak menjawabnya.
Tn Hj,
Yang lama masih dihargai, menunjukan kematangan.
Kebiasaannya kasih sayangnya lebih.... kesabaran tinggi
Md, Kjg
ianya datsun roadster 1600 tuan :)
Fairlady/Sports 1600 SPL311/SP311
sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Datsun_Sports
Post a Comment