Monday, January 25, 2010

Selamat jalan Bob.

Pada hari Sabtu 23 Januari 2010 yang lalu saya dan kawan-kawan sama sekolah di sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan perjumpaan bulanan kami. Sebenarnya ini perjumpaan kami yang kedua dalam bulan ini kerana kami telah berjumpa pada 2 Januari yang lalu.

Perjumpaan kali ini lain sedikit dari biasa kerana ia lebih berbentuk satu kenduri. Tujuan utama kenduri ialah mendoakan perjalanan setiausaha kami yang gigih Hazli, atau lebih dikenali sebagai Bob. Bob akan berangkat ke Los Angeles, USA pada bulan Februari 2010 untuk bertugas di pejabat MIDA di sana. Selama ini dia bertugas di Ibu Pejabat MIDA Malaysia, KL Sentral.

Di samping itu juga kami bertahlil untuk kawan-kawan kami yang telah meninggalkan kami lebih awal.

Kenduri diadakan di rumah kawan kami Zainal Suleiman di Taman Marida, Senawang, Seremban. Terima kasih, Zainal kerana sudi menjadi tuan rumah.

Melainkan gambar pertama yang saya ambil sendiri, gambar-gambar lain diambil oleh Dr. Khairun Nazar yang datang dari Bangi, Selangor bersama tiga lain kawan kami yang tinggal di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.




















Dr. Khairun Nazar mengambil gambar.





















Di antara yang hadir ialah Pengetua sekolah semasa yang juga merupakan murid tua sekolah. Itu dia yang berbaju hijau.























Menunggu ketibaan kawan-kawan.


















Itu dia Bob, paling kiri.























Tuan rumah di tengah-tengah menunggu tetamu.

















Rupa-rupanya Pegawai Daerah Seremban yang baru sama sekolah dengan saya. Itu yang di tengah-tengah.
























Bob.



















Ibu saya pernah berkata, semasa kecil saya ni 'photogenic'. Dah tua ni bagaimana?

















Haji Zaki, jurulatih bolasepak Negeri Sarawak datang dari Kuching. Mana kawan-kawan yang hendak pergi ke Kuching boleh menumpang dirumahnya, katanya.


















Zainal Abidin Enon ialah yang paling senior kali ini. Dia cuma satu tahun senior saya.



















Ini Tuan D.O. kita. Malang sekali saya sudah bersara. Kalau tidak saya sering juga ke pejabatnya untuk bermesyuarat.



















Ini Pisol, imam kami untuk malam ini. Berasal dari Kedah, tetapi menetap di Taman Guru, Senawang.


















Tuan rumah relaks sahaja. Berasal dari Johor, juga menetap di Senawang.



















Akashah, lebih dikenali sebagai Atak datang dari Putrajaya.



















Kami bertahlil.



















Mengaminkan doa.



















Tuan Imam sempat sempat berjenaka sebelum solat Isya'.



















Bersedia untuk solat Isya'.



















Ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk di bawah. Yang penting amalam solat dikerjakan.



















Majlis suai kenal selepas solat, dengan tuan rumah diberi kehormatan memulakannya.


Majlis tidak lengkap jika tidak ada jamuan makan. Kami sama-sama membiayai kos kenduri ini.


Selepas makan ada yang beredar ke kawasan luar rumah. Kebanyakannya untuk merokok.


Yang tidak merokok seperti saya cuma memandang.


Dari kiri, Hamdan orang kuat Seremban, Muhammah Abdullah orang kuat Kajang berasal dari Batu Kikir dan Haji Zakaria, Pengetua baru, orang Jelebu macam saya.



Tuan rumah juga menghadiahkan anak-anak bunga untuk dibawa balik.

3 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Kecil kecil 'photogenic' ; dah tua tangkap henchem!

Lawa tidak ; manis ada!

P.Ramlee.

Mshah said...

Pasal photogenic..Boleh pasang lagi satu brother anytime. Tetapi jangan tunjok apa yang saya tulis ni pada orang umah, nanti porang bosa. ambo tak jamin. he he

Hamba TCH fasa 1 said...

saya pelik lah.bekas2 sdarian ni mcm action dengan geng2 nya.kenapa mcm tu hah.yalah you all berpeluang belajar di sekolah SBP.yg lain tak.tak ke cara ni boleh mencemburui org lain.fikir2 kan lah.