Wednesday, May 19, 2010

Kabus menyelubungi Jelebu.


Saya sudah agak lama tidak balik ke Jelebu. Ini kerana ibu saya yang sudah berumur 84 tahun tinggal kebanyakan masa dengan adik saya Shamsiah di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tetapi pada hari Isnin yang lepas 17 Mei 2010 tiba giliran saya untuk menghantarnya ke Klinik Kesihatan, Jelebu untuk pemeriksaan kesihatan berkalannya.

Saya melalui Bukit Tangga, iaitu bukit yang memisahkan Daerah Seremban dengan Jelebu pada lebih kurang jam 7.50 pagi. Kenderaan di kedua-dua belah jalan agak sibuk juga. Saya percaya pemandu-pemandu dan penumpang-penumpang mereka dalam perjalan hendak pergi kerja. Ada orang yang tinggal di Jelebu tetapi bekerja di Seremban dan sebaliknya.

Oleh kerana Bukit Tangga sudah lurus masalah potong memotong kenderaan tidak timbul. Apabila sahaja menurun saya meletakkan gear kereta kepada 'N' seperti biasa saya buat.  

Apa yang menarik ialah apabila sahaja menurun melintasi sempadan Seremban - Jelebu saya melalui kabus. Sampai terpaksa memasang lampu kereta. Saya hairan juga kenapa kabus hanya wujud di sebelah Jelebu dan tidak di sebelah Seremban.

Saya sampai ke Klinik Kesihatan Jelebu pada pukul 8.10 pagi dan sempat mengambil gambar di atas sebelum kabus hilang disinar matahari.

5 comments:

Anonymous said...

Maarof

How is your mother now? Selepas check up dia balik ke rumah dia ke atau you hantar dia balik to Shah Alam - your sister's house?

If you ask me Kuala Klawang is a nice town. With the presence of mist (kabus) bermakna kampung tu nyaman, tenang, masih banyak oksigen and seronok disana. Pekan K Klwang pun bersih.

Your kampung is Peradong betul tak?

wasalam
MA

Maarof said...

MA,

My mother is ok. Now she is visiting her younger sister at Bangi. My kampung is Petaseh, not Peradong.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan,

Saya turut menikmati pemandangan berkabus ini semasa saya membawa isteri menziarahi Jelebu dan kawasan persekitarannya tak berapa lama dahulu.

Terasa kesegaran udara dan kawasan bukit disana.

Syukur Alhamdulillah masih ada kawasan terpelihara begini didalam negara kita.

Anonymous said...

Sebenarnya Jelebu ni sebuah daerah yang indah.....masih punya udara nyaman....masih boleh dimajukan untuk menarik pelancong2 datang ke daerah ini....selain daerah Rembau daerah Jelebu terkenal dengan `adat perpatihnya' saya rasa. Daerah Jelebu sebelum ini merupakan daerah yang ketinggalan dari daerah2 lain di NS...begitu ke Tn Hj...maaf katalah tapi sekarang dah setanding.
Nama Jelebu lebih popular sedangkan nama Kuala Kelawang tenggelam, ramai yang tak tahu...apa sebabnya.

Muhd. Abd.

Maarof said...

Mad,

Memang se pun dulu gahso malu nak mengaku oghang Jolobu. Sampai ghamai oghang yang duduk Simpang Dughian ngaku oghang Pilah. Sobab eh maso dulu Pejabat Pos Kolo Pilah yang cover kawasan dio oghang tu. Jadi alamat eh kono lotak kerop 'Pejabat Pos Kuala Pilah' atau 'via Kuala Pilah.'

Tapi tak lai. Kaghang se pulak banggo ngaku se oghang Jolobu.

Tapi se bukan oghang Kuala Klawang. Itu bezo eh. Kolo Klawang cumo pokan eh. Dato' Rais Yatim pun bukan oghang Kolo Klawang. Pado se, se tak kesah oghang tak kona Kuala Klawang. Asa dio hormat Jolobu momado lah.

Maarof.