Thursday, May 27, 2010

Se boghi dio oghang cuti, bang.



Pada pagi Hari Isnin 24 Mei 2010 yang lalu seperti biasa saya melawat tapak pembinaan surau taman perumahan saya. Tetapi saya terperanjat kerana semenjak pembinaan bermula pada 4 April 2010 yang lalu inilah kali pertama saya dapati ketiadaan pekerja di tapak pembinaan. Zero, zilch, nada.
Hati saya bimbang juga takut kontraktor dan pekerja-pekerjanya telah lari, Saya menunggu dan tidak beberapa lama datang satu kereta dinaiki dua orang pegawai Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU), Jabatan Pedana Menteri, cawangan Negeri Sembilan. Saya terus bertanya mengapa tidak ada pekerja hari ini. Mereka menjawab kontraktor memberi mereka cuti satu hari.

Tidak beberapa lama kontraktor sendiri datang dan memberitahu "Se boghi dio oghang cuti haghi ni, bang." Patut juga mereka diberi satu hari bercuti. Kerana mereka telah bekerja tanpa henti selama hampir dua bulan. Mengikut kontraktor dan pegawai-pegawai ICU projek pembinaan surau ini berjalan lancar sehingga mendahului tempoh yang ditetapkan.

Insya Allah dalam tempoh dua minggu lagi siaplah sepenuhnya surau kami ini. 

No comments: