Monday, June 28, 2010

Akibat terlalai sedikit.

Keadaan dalam enjin. Sila perhatikan percikan yang keluar dari radiator. Perhatikan juga bekas air yang sudah kosong.

Kereta saya sedang dicangkuk ke atas kren AAM.

Ia bermula pada hari Sabtu 26 Jun 2010. Saya pergi ke Dewan Wisma LJT, Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor untuk acara perkahwinan seorang 'cucu' saya. Saya merasakan pendingin hawa kereta kurang sejuk. Saya tahu salah satu sebabnya ialah air di radiator kurang.

Pada petang Ahad 27 Jun 2010 saya pun menambah air di radiator kereta sebelum menghantar anak bongsu saya Anis balik ke Politeknik, Port Dickson. Tetapi tanpa disedari saya terlupa menutup radiator dengan penutupnya.

Saya membawa Anis bersama-sama isteri saya Salmah dan dua orang cucu kami Danial dan Fahim.  

Beberapa kilometer selepas membayar tol di Lebuhraya Seremban -,Port Dickson saya terdengar bunyi satu banda menggeletar di bahagian enjin. Pada kali pertama saya tidak mengsyaki apa-apa kerana meter-meter di hadapan saya kelihatan biasa sahaja. Lampu amaran pun tiada yang menyala. 

Tetapi di bunyi kali kedua saya melihat meter kepanasan enjin tiba-tiba naik. Saya pun memberhentikan kereta di laluan kecemasan dan terus membuka enjin. Saya melihat wap keluar dari radiator yang tidak tertutup. Saya perhatikan penutup radiator tersangkut di atas enjin. Penutup itulah yang berbunyi menggeletar tadi.

Saya pun mengambil air yang sedia tersimpan dalam tempat barang kereta dan menuangkan kedalam radiator. Tetapi ia tetap mengeluarkan wap. Habis kedua-dua bekas air itu kosong.

Kemudian saya membawa kereta perlahan-perlahan dan berhenti di kawasan rehat dan rawat di sebelah Lebuhraya. Saya mengambil air dari tempat wuduk surau di situ dan menuzngkan ke dalam radiator.

Saya pun meneruskan perjalanan dan nampaknya kepanasan enjin adalah biasa. Setelah beberapa kilometer saya perhatikan meter kepanasan naik dan turun beberapa kali. Tetapi sampai sahaja ke simpang empat berlampu isyarat  Sungai Betung - Kem PD ia terus naik dan tidak turun-turun lagi.

Saya pun terus ke Teluk Kemang sambil berhenti seketika menambah air. Apabila sampai ke blok asrama Anis meter hampir mencecah tanda merah. 

Di tempat letak kereta kafeteria sebelah asrama Anis ramai ibu bapa menghantar anak mereka balik ke asrama. Saya sekali lagi menambah air radiator di sini. 

Antara penjaga yang menghantar anak ialah seorang mekanik. Ia berkata saya telah silap kerana mengisi air tadi. Sepatutnya saya biarkan enjin sejuk dahulu. Dia pun menyuruh saya menghidupkan enjin dan dari reaksi enjin dia berkata mungkin gasket enjin kereta saya sudah terbakar. Selain itu mungkin ada kerosakan lain.

Oleh kerana saya seorang ahli AAM saya pun menalipon pejabat mereka di Seremban. Seorang staff  berkata mereka boleh menarik kereta saya sekarang juga ke Seremban dengan percuma.

Tiba-tiba saya nampak seorang bekas staff saya juga menghantar anak perempuannya balik ke asrama. Sebenarnya saya yang bekas staff kerana saya sudah bersara, tetapi dia masih bertugas lagi. Saya bertanya kepadanya bolehkah tolong membawa saya sekeluarga balik ke Seremban? Dia kata tidak ada masalah kerana dia akan balik berdua dengan isterinya sahaja.

Saya pun menalipon AAM kembali dan nyatakan besok sahajalah kereta saya boleh ditarik. Di pondok keselamatan saya memberitahu bahawa kereta saya tinggal di sebelah kafeteria mereka.

Pagi tadi selepas menghantar Danial ke sekolah saya terus ke pejabat AAM Seremban yang terletak hanya beberapa meter dari sekolahnya. Sebenarnya belakang pejabat yang dibuka. Bahagian hadapan cuma dibuka semasa waktu pejabat.

Saya pun menunjukkan kad kredit Diners Club saya yang digabungkan dengan keahlian AAM. Dipendekkan cerita saya pun menumpang sebuah kren AAM menuju ke Port Dickson.  

Sampai sahaja di pondok kelesamatan saya dan kren AAM tidak menghadapi masalah kerana mereka sedar akan kenadiran kereta saya yang tersadai di dalam.

Saya dapati enjin kereta boleh dihidupkan dan kereta pun dipandu keluar dan diletakkan betul-betul di belakang kren AAM. Dipendekkan cerita lagi kereta saya ditarik ke Seremban dan diletakkan di bengkel kebiasaan saya.

Pada pukul 1.50 tengah hari saya pergi ke bengkel saya dan bertanyakan apa yang rosak. Mengikut tuan punya bengkel kerosakan cuma gasket terbakar dan perlu daiganti. Tidak ada kerosakan lain.

Bersyukur juga saya kerana kerosakan boleh dianggap kecil sahaja. Beberapa tahun yang lalu saya pernah berbual dengan seorang pesara kerajaan yang membuka sebuah pusat servis kereta. Ia berkata kereta Honda Accord kepunyaannya hangus terbakar kerana kelalaiannya tidak menutup radiator selepas mengisi air.   

3 comments:

melayuangkat said...

Syukur Alhamdulillah semuanya Selamat!

Anonymous said...

Maarof,

Kira kira berapa cost repair (yakni tukar gasket tu) kereta you tu? Ada discount untuk AAM members ke?

A very costly kelalaian. Nasib baik tidak terbakar. Syukur.

wasalam
MA

maarofkassim said...

Mad,

Saya tak pergi ke mana-mana AAM panel workshop. Saya hantar ke regular workshop yang took care of my cars all these years. Cuma saya guna tow-truck AAM - free of charge for members. In fact after being a member for so many years this is the first time I used their services, to their surprise.