Saturday, February 4, 2012

Menerima BR1M

Saya tidak malu memberitahu bahawa saya ialah antara penerima apa yang disebut sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. Saya ada membaca orang ramai terpaksa beratur panjang dalam panas untuk menerima bantuan tersebut, sehingga ada yang jatuh pengsan. Oleh itu hati saya melonjak apabila beberapa hari yang lepas ada orang datang ke rumah dan menghulurkan satu sampul surat kerajaan. Saya bimbang juga pada mulanya, takut saya ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan.

Rupa-rupanya surat itu memberitahu permohonan saya untuk menerima BR1M sudah diluluskan. Saya juga diminta untuk pergi ke satu Kolej berhampiran rumah saya untuk mendapatkannya di hari dan masa yang ditetapkan. Tujuan utama saya pergi ke sana ialah untuk melihat sendiri bagaimana penerima boleh beratur panjang sehingga ada yang pengsan. Saya bertekad jika saya juga terpaksa beratur panjang saya akan balik sahaja. Alhamdulillah itu semua tidak terjadi dan saya pergi dan balik dengan selesa seperti gambar-gambar berikut yang menceritakan segala-galanya.

Ini tempatnya.

Beratur mendaftar.

Saya turut beratur, tapi tak lama.

Ada empat kaunter semakan sebelah kanan. Siapa yang sudah mendaftar namanya akan tanda dengan satu 'highlighter'.

Empat kaunter di sebelah kiri. Perhatikan stiker berwarna merah.

Setelah mendaftar saya diberi satu stiker ditampal di baju.

Mereka sudah mendaftar dan meletak stiker di baju.

En. Hasnol, Pegawai Daerah melihat anak buahnya bekerja. Hasnol ialah junior saya di sekolah.

Seorang jurugambar menunggu kedatangan YAB MB.

MB dah sampai.

MB masuk ke dewan dan bersalam dengan hadirin.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. YAB MB kena tunduk bersalam dengan OKU.

Para VIP di atas pentas. Paling kanan ialah Pengetua Kolej, tuan rumah program ini.

Tok Mat berucap.

Para hadirin.

Termasuk saya.

Ambil gambar sendiri.

Menyerahkan baucar BR1M kepada hadirin. 

OKU kurang penglihatan agaknya. Mereka yang telah menerima baucar dikehendaki keluar dewan melalui satu pintu khas dan stiker mereka ditanggalkan.

Kaunter kedatangan tadi sudah menjadi kaunter pendaftaran bayaran dan dikendalikan oleh pegawai-pegawai bank.  Baucar ditunjukkan di sini dan pemegangnya diminta menurunkan tandatangan di hujung barisan namanya.

Satu lagi kaunter pendaftaran bayaran di hujung sana pula.

Setelah tandatangan pemegang baucar menunaikannya di kaunter bayaran yang dijaga oleh anggota Rela.

Lagi kaunter bayaran.

Mereka beratur untuk menerima bayaran, tetapi tidaklah berpanas sehingga boleh pengsan.

Tugas selesai, Dato' menjamu selera. Jamuan untuk kami pun ada.
Ini baucar saya. Saya belum lagi menunaikannya.

Saya terbaca ada kes di Kuala Lumpur di mana dua orang telah menerima dua baucar tiap seorang dan menunaikannya. Saya perhatikan jika saya hendak berbuat demikian boleh juga, tetapi risikonya akan ditanggung kemudian. 

Oleh kerana terdapat lapan kaunter pendaftaran saya boleh mendaftar sehingga lapan kali jika saya mahu dan mendapat lapan stiker oleh kerana setiap kaunter mempunyai senarai nama yang sama. Kemudian saya boleh keluar masuk dewan sebanyak lapan kali semasa Menteri Besar menyerahkan baucar. Saya akan meletakkan lapan stiker yang berlainan dan mendapat lapan baucar.

Tetapi saya hanya boleh menunaikan dua baucar kerana terdapat dua kaunter pendaftaran bayaran dan dua bilik kaunter bayaran. Saya perhatikan tidak ada komputer digunakan dan tidak ada cara untuk mengesan jika sesiapa mendaftar dan menunaikan baucar lebih dari sekali.

Tetapi kegiatan sesiapa yang berbuat demikian akan terbongkar juga apabila setiap buku senarai nama disemak secara teliti. Tindakan undang-undang akan menanti mereka. 

Baucar saya? Saya tidak beratur untuk menerima bayaran. Baucar itu masih ada di simpanan saya dan saya belum berfikir sama ada untuk menunaikannya atau menyimpan dalam akaun.   

1 comment:

Rafi said...

Ada satu lagi cara yang saya jumpa sebuah keluarga ni buat ... isteri mohon guna alamat rumah lain .. suami mohon guna alamat rumah mereka .. Lepas tu tak tahulah apa berlaku? samada permohonan isteri tu lulus atau tidak sbb depa tak cerita.