Di masjid-masjid di Negeri Sembilan sekarang selepas khatib membaca khutbah Jumaat ia akan membaca doa panjang umur Yang Di Pertuan Besar dan Dato' Undang yang berkenaan dan seterusnya doa untuk menyatukan orang Melayu. Walau pun aku tidak tahu berbahasa Arab setahu aku itulah maksud doa-doa tersebut.
Beberapa bulan yang lepas seorang jemaah surau ku membangkitkan doa penyatuan Melayu itu kepada seorang penceramah di surau kami. Penceramah ialah seorang professor bidang Agama Islam kelulusan sebuah universiti di Timur Tengah. Bolehlah dikatakan dia seorang pakar dalam bidang itu.
Aku suka mendengar ceramahnya kerana tidak menyentuh langsung hal-hal politik. Ini berbeza dengan kebanyakan penceramah di surau ku itu yang ada sahaja hal politik yang disentuh mereka.
Berbalik kepada jemaah surau ku tadi. Setahu aku dia ialah penyokong satu parti politik di negara ini. Dia pun bertanya kepada professor itu bolehkah doa penyatuan Melayu itu dibaca selepas khutbah Jumaat. Dari nada soalannya aku tahu dia ingin professor itu menjawab secara negatif, maksudnya doa begitu tidak patut dibaca oleh khatib.
Alangkah terkejut beruk jemaah tadi bila professor itu menjawab dalam positif. "Baguslah kalau ada doa untuk menyatukan manusia" katanya.
Beberapa hari lepas sebuah parti politik mengadakan satu solat hajat. Di akhir solat imam telah membaca doa yang memohon Allah untuk menjahanamkan sebuah lagi parti politik. Doa ini ada disiarkan dalam internet dan tv. Aku pasti jemaah surau yang aku maksudkan itu ada melihatnya.
Aku pasti apabila dia melihat video itu dia akan berkata "Doa macam ni lah yang patut kita dengar".
Bukan doa untuk menyatukan orang Melayu.

No comments:
Post a Comment