Tuesday, September 16, 2014

Sakit hati di pagi Hari Malaysia!

Selamba saja bertenggong di laluan OKU.

Saya sudah lama tidak ke Pasar Tani Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan yang diadakan setiap pagi Selasa. Ini kerana walau pun sudah bersara, saya sekarang bekerja dengan satu NGO pesara kerajaan. Jika saya ke Pasar Tani bermakna lewatlah saya datang ke pejabat. 

Oleh kerana hari ini hari kelapasan untuk Hari Malaysia saya dan isteri pagi-pagi lagi sudah ke sana. Bangunan Pusat Penjaja Ampangan yang dibina semula belum lagi siap sepenuhnya. Bagitu juga bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sebelehnya yang juga dibina semula akibat kebakaran beberapa tahun yang lalu. 

Di bangunan BSN saya melihat keadaan yang menyakitkan hati saya. Berapa orang lelaki duduk bertenggong (loghat Negeri Sembilan untuk duduk atas tembok dan sebagainya tanpa apa-apa sandaran) di laluan khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) ke bank tersebut. 

Sekali pandang mereka seolah-olah Melayu. Tetapi dari pengalaman saya bekerja di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dulu saya percaya mereka Penduduk Tetap dari Indonesia yang mencuri berniaga di tepi Pasar Tani. 

Mereka sedang memerhatikan jika ada pihak berkuasa yang datang untuk menghalau mereka. Jika tak ada mereka akan meneruskan berniaga. Sementara itu mereka bertenggong di laluan OKU tersebut.

Bangunan BSN itu belum siap lagi. Jika sudah siap pun ia tidak dibuka hari ini. Tetapi mereka telah menyalahgunakan struktur laluan tersebut. Mereka bukan warganegara yang sayangkan negara kita ini. Tema 'Di sini lahirnya sebuah cinta' tidak bermakna apa-apa bagi mereka. Cinta mereka semata-mata kepada duit yang boleh didapati dari orang Malaysia yang membeli barang-barang mereka.

Saya bimbang apabila bangunan BSN itu siap nanti, laluan untuk OKU itu sudah runtuh.   

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Patut nya MPS tempatkan penguatkuasa pada pasar ini sepanjang perniagaan berjalan. Jangan lah menggunakan taktik serbuan semata2. Pasal orang ramai berkumpul dan peniaga2 yg seperti saudara kata kan itu sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk berniaga..Dengan kehadiran sepenuh masa itu mereka tidak akan berjaya dan 'tonto' ini dapat dihapuskan