Awas kolam, orang ini nak mencemar kamu!
Kalau kolam ini tidak berhati-hati orang-orang yang tidur itu akan mencemarnya.
Dua hari lepas saya dijemput ke satu majlis berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Kalau nak tahu cerita penuh sila lihat pos saya sebelum ini di sini.
Apa yang menarik saya kepada masjid ini ialah ruang solatnya di tingkat atas dikelilingi 75% air. Angin yang bertiup di atas air itu membawa kesejukan kedalam ruang solat. Dari itu masjid ini tidak memerlukan pendingin hawa atau air-conditioning dalam Bahasa Inggeris dan AC dalam Bahasa Indonesia.
Tetapi air dalam kolam itu boleh menimbulkan satu illusi yang mengelirukan. Siapa yang tidak sedar boleh jatuh ke dalamnya, tetapi tidaklah membahayakan kerana dalamnya tidak sampai satu meter. Dari itu pihak berkuasa telah meletakkan beberapa notis yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti gambar-gambar di atas.
Saya yang tahu sedikit Bahasa Inggeris ini sedar bahawa notis dalam bahasa itu sepatutnya 'BEWARE OF POOL' dan bukan 'BEWARE POOL'.
Tetapi setelah berfikir dua kali rupa-rupanya notis itu ada betulnya, Kerana ia memberi notis kepada kolam itu (BEWARE POOL) supaya berjaga-jaga. Kalau kolam itu tidak berjaga-jaga orang akan masuk atau jatuh kedalamnya dan mencemarkannya.
Ini ditambah lagi bila notis dalam Melayu AWAS KOLAM boleh bermakna dua, Ia boleh ditujukan kepada pengunjung dan boleh jadi juga kepada kolam itu sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment