Saturday, April 23, 2016

Reunion di Kelantan (Bahagian 1 - Kuala Berang, Terengganu)


Makna 'reunion' paling tepat dalam bahasa Melayu ialah 'persatuan semula'. Tetapi sekarang ia banyak digunakan sebagai pertemuan semula kawan-kawan lama satu sekolah. 'Reunion' boleh juga membawa gejala negatif dan itulah sebab ada suami melarang isterinya ber'reunion' dan sebaliknya si isteri mencurigai suaminya bila cik abang itu menyatakan dia hendak pergi ke satu 'reunion'.

Tetapi tidak isteri saya sebab dia tahu saya akan ber'reunion' dengan kawan-kawan sekolah saya yang lelaki semuanya. Malah dia pernah saya bawa menyertai 'reunion' saya untuk membuktikan tidak ada yang patut dicurigainya.

Saya ber'reunion' dengan kawan-kawan sekolah yang tinggal dalam Negeri Sembilan terutama Seremban secara berkala hampir sebulan sekali. Kadang-kadang saya juga pergi ke 'reunion' yang diadakan oleh kawan-kawan saya di Melaka dan Kajang. Kemuncaknya ialah jamuan makan malam yang tidak pernah tinggal diadakan setiap tahun.

Minggu lepas saya menyertai 'renunion' kawan-kawan satu sekolah saya yang agak unik. Bagaimana uniknya pembaca akan mengetahuinya jika mengikuti siri pos 'Reunion di Kelantan' saya ini. Sementara itu silalah ikuti Bahagaian 1 siri itu seperti gambar-gambar berikut:

 Inilah bas SCANIA dua tingkat yang akan membawa saya dari Shah Alam ke Teregganu, Kelantan dan Perak.

Ini dua pemandu bas tersebut. Mereka tinggal di Seremban dan memandu bas ini separuh masa untuk mengisi masa lapang. Mereka sudah berjaya di bidang masing-masing dan sebab itulah saya perhatikan mereka memandu dengan penuh disiplin tanpa apa-apa tekanan.  

Kami sudah sampai ke Kuala Berang Terengganu. Ini pandangan sebelum Subuh di masjid bandar tersebut dan kebanyakan mereka itu ada kawan-kawan satu bas saya.  

 Ini pula pandangan sesudah Subuh. Penduduk tempatan menyertai kami.

Selepas solat kami minum pagi di kantin Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu yang diusahakan oleh seorang kawan sama sekolah kami. 

 Sya memilih makanan kegemaran saya, nasi dagang Terengganu.

Muka-muka belum mandi pagi. 

Jangan salah anggap. Dato' Ghani Sulaiman (tengah kiri) dan Zainuddin Muhammad masing-masing punya satu isteri sahaja. Dato' Ghani menyertai kami dari Pahang.

 Dr. Anwa Sulaiman, kiri mentertai kami dari Kuala Terengganu. Beliau ialah mantan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Beliau nampak segar kerana sudah mandi,

 Itu dia Kak Zah, isteri pengusaha kantin ini bergambar dengan jejaka belum mandi pagi.

 Ada kawan kami yang membawa anak bersama.

 Ithnin Maadad, paling kiri terbang dari Kuching untuk bersama program ini. Di tengah-tengah itu Zainal Abidin Enon yang datang bersama saya dari Seremban.

 Satu yang wajib bagi saya, berselfie.

Kebetulan hari ini ialah hari kelahiran ke-66 kawan kami pengusaha kantin ini.  

 Itu dia kawan kami Hj. Hassan Che' Leh yang berasal dari Bachok, Kelantan.

Dengan Kak Zah, isteri tersayang.

Geng mana ni?

Akhirnya kami bergambar ramai

Kami sudah sampai di Bandar Permaisuri dalam perjalanan ke Kelantan.

Keadaan dalam bas 'BUSINESS CLASS' di tingkat atas.

Bersambung.......

1 comment:

Aziz Mustapha said...

saya menunggu Reunion Kelantan Bahagian 2,3,4,......