Sunday, April 3, 2016

Bila Islam dihina melalui filem.


Dari dulu lagi saya berasa beruntung terpilih belajar di satu sekolah berasrama penuh. Di situ saya dikenalkan antaranya dengan lagu-lagu pop dan filem-filem Inggeris, Juga saya dikenalkan dengan karaktor-karaktor Batman dan Superman melalui komik. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah membeli komik-komik tersebut, cuba menumpang tengok dari komik yang dibeli oleh kawan-kawan, atau mencuri membacanya di kedai-kedai buku semasa keluar ke bandar.

Tidak hairanlah bila keluar filem-filem Batman dan Superman, saya sama-mana menontonnya, walau pun saya lebih selesa membeli DVDnya dan menonton di rumah melalui set Home Theater. Tarikan ini juga membuatkan saya menonton filem yang diberi nama 'BATMAN v SUPERMAN, DAWN OF JUSTICE'  petang semalam.

Dalam saya seronok menonton filem itu ada satu perkara yang saya ingin kongsi dengan pembaca-pembaca. Di awal filem itu, Lois Lane kekasih kepada Clark Kent a.k.a Superman diculik oleh seorang Afrika yang memakai ketayap. Apa dia a.k.a. sila rujuk dengan kamus.

Kenapa berketayap? Tidak lain tidak bukan menunjukkan dia beragama Islam. Ini disahkan apabila kawan-kawannya dileburkan oleh Superman, mereka menjerit 'Ya Allah'. Si penculik juga sudah tentu dileburkan.

Saya hairan, sedangkan lebih ramai orang Afrika beragama Kristian dari Islam. Kenapa bila sampai bab karaktor jahat karaktor itu mesti Islam? Banyak lagi filem-filem barat yang meletakkan orang Islam dalam karaktor jahat. Antaranya yang saya tahu ialah EXECUTIVE DECISION' dan 'TRUE LIES'.

Juga filem-filem barat bila menunjukkan peristiwa sebenar selalu mengecilkan penglibatan sebenar orang Islam. Contohnya filem BLACK HAWK DOWN. Saya difahamkan bukan sedikit peranan tentera Malaysia kita dalam kejadian sebenar, tetapi dalam filem seolah-olah ditiadakan. Jangan lupa juga di peristiwa sebenar BLACK HAWK DOWN tentera Bangsa Bangsa Bersatu melawan kerajaan Somalia yang dipimpin orang Islam.

Cadangan saya yang mungkin berupa cadangan kartun ialah supaya orang Islam menerbitkan filem mengagungkan kehebatan orang Islam. Kita ada Riza Aziz yang pernah menerbitkan beberapa buah filem. Saya tidak tahu jika Riza Aziz sudah menukar kewarganeraannya. Tetapi sekurang-kuranya ibu dan bapa tirinya bukan sahaja berbangsa Melayu dan beragama Islam, terkenal pula tu.

Sila Google jika tak kenal siapa Riza Aziz, ibu dan bapa tirinya. 

No comments: