UTC Negeri Sembilan di Ampangan, Seremban
Lebih 20 tahun yang lalu semasa masih bekerja di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) saya diminta mendapatkan maklum balas dari peniaga-peniaga, kebanyakannya berniaga makanan, di gerai-gerai yang dibina oleh kami di Ampangan, Seremban. MPS meminta mereka memberi cadangan bagaimana hendak memajukan perniagaan mereka. Antara maklum balas yang saya terima ialah "Adakan pejabat kerajaan di sini".
Memang benar sekurang-kurangnya di Bandar Seremban, gerai-gerai yang dibina berhampiran pejabat-pejabat kerajaan berdaya maju. Lihat sahaja gerai-gerai sebelah Pejabat Daerah Seremban lama dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Sehinggakan walaupun Pejabat Daerah tersebut sudah berpindah ke Seremban 2 gerai-gerai yang tinggal itu masih berniaga, walau pun mungkin pelanggannya sudah berkurangan.
Ini kerana dua sebab. Pertama kakitangan kerajaan suka melepak di gerai-gerai dan kedua pelanggan suka 'isi perut' dahulu sebelum berurus dengan mana-mana jabatan kerajaan.
Ini kerana dua sebab. Pertama kakitangan kerajaan suka melepak di gerai-gerai dan kedua pelanggan suka 'isi perut' dahulu sebelum berurus dengan mana-mana jabatan kerajaan.
Satu masa dulu Jabatan Pengankutan Jalan atau JPJ mengharamkan kantin atau kafeteria di pejabat mereka di seluruh negara. Ini kerana pada pendapat Ketua Pengarah mereka di masa itu kantin-kantin menjadi tempat di mana perbincangan yang melibatkan rasuah di adakan. Mungkin juga rasuah dilakukan di kantin-kantin tersebut. Saya tidak tahu sama ada pengharaman itu masih berjalan atau tidak.
Untuk mengisi kekosongan tersebut MPS telah membina beberapa buah gerai di Taman Bukit Emas di sebelah pejabat JPJ Negeri Sembilan. Mungkin sekarang ada orang bertanya kenapa terdapat beberapa gerai tersorok di taman perumahan tersebut. Jawapannya tidak lain tidak bukan untuk memberi khidmat kepada pegawai-pegawai JPJ dan pelanggan mereka.
Di Ampangan terdapat apa yang dipanggil Pusat Penjaja Ampangan yang baru dibina semula dengan kemudahan-kemudahan moden. Tetapi entah kenapa perniagaannya merosot di kebelakangan ini. Saya ada jawapannya sendiri, tetapi untuk menjaga imej MPS di mana saya cari makan dulu saya tidak mahu mendedahkannya.
Di depan Pusat Penjaja itu pula terdapat apa yang dulunya dipanggil Plaza Ampangan yang dibina oleh apa yang dipanggil UDA untuk Urban Development Authority. Perniagaan didalamnya melainkan satu Pasaraya agak merosot di kebelakangan ini walau pun kompleks itu telah ditukar nama kepada Plaza Angsana. Saya tidak tahu sama ada UDA masih berfungsi atau tidak kerana telah lama tidak terdengar mengenainya.
Saya tidak tahu idea ini datang dari siapa, tetapi sekarang Plaza Ampangan yang kemudian bertukar nama kepada Plaza Angsana sekarang telah menjadi UTC atau Urban Transformation Centre Negeri Sembilan. Ia mula beroperasi semalam, 20 November 2017 dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib pada 30 November nanti.
Dalam lawatan saya semalam saya dapati bukan sahaja ia menempatkan jabatan-jabatan kerajaan seperti JPJ, Imigresen dan Jabatan Pendaftaran, terdapat syarikat-syarikat seperti Tabung Haji, Telekom Malaysia dan Syarikat Air Negeri Sembilan atau SAINS di situ. Ada jabatan-jabatan kerajaan masih belum beroperasi tetapi diharapkan apa-apa masalah dapat diselesaikan sebelum perasmian pada 30 November nanti. Kalau tidak 'Mano Tok Mat (Menteri Besar Negeri Sembilan) nak lotak muko dopan Dato' Seri Najib nanti?.
Berbalik kepada tajuk pos saya ini. Jelaslah cadangan salah seorang peniaga di Ampangan, Seremban lebih 20 tahun lalu menjadi kenyataan sekarang. Dengan ujudnya UTC Negeri Sembilan ini diharapkan akan menjadi situasi menang-menang kepada kedua-dua Pusat Penjaja Ampangan dan Plaza Ampangan/Angsana.
Cuma saya berharap MPS lebih tegas terhadap peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan terhadap keujudan UTC ini. Maklum sajalah belakang UTC itu kawasan kampung. Sudah tentu ada yang berhajat untuk mendirikan gerai-gerai haram. Di harap MPS dapat membenteras mereka dari mula lagi. Jika tidak usaha mengadakan pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya di Ampangan akan "Mengabihkan bogheh" sahaja terhadap peniaga-peniaga di Pusat Penjaja Ampangan.

No comments:
Post a Comment