Sebelum ini saya pernah menulis pengalaman menaiki tren 41 Down dari Tampin ke Gemas. Tren itu ialah tren dari Tampin ke Johor Bahru dan sebaliknya. Untuk mengetahuinya sila klik di sini. Entah mengapa selepas itu KTMB memberhentikan laluan tren itu dari Tampin ke Gemas dan sebaliknya.
Baru-baru ini bila membelek portal KTMB saya dapati tren itu sudah kembali semula ke Tampin. Saya pun mengambil peluang itu untuk menaikinya sekali lagi pada hari Ahad 7 Januari 2018. Berikut ialah cerita bergambar saya:
Saya mulakan perjalanan dengan menaiki ETS dari Seremban ke Gemas. Ini ETS EG9321 dari Butterworth.
Setelah berhenti beberapa minit ia bergerak tepat pada jam 1.13 tengah hari mengikut jadual. Harga tiket untuk warga emas dari Seremban ke Gemas ialah RM 15 berbanding harga biasa RM 22.
Dalam ETS yang cuma lebih kurang 25% penuh. Mimuman itu saya beli, bukan percuma. ETS ini akan sampai ke Gemas pada pukul 2.15 petang mengikut jadual.
Tren ES40 atau 40 Up tiba tepat pada masanya pada pukul 2.30 petang di stesen Gemas dari Johor Bahru. ES bermaksud Ekspress Selatan.
Sementara menunggu ia bergerak ke Tampin saya sempat bergambar dengannya.
Di sebelah ES40. Koc-koc ini buatan Indonesia jika tak salah.
ES40 ditarik oleh BELIAN 29106 buatan China. Apakah BELIAN? Saya tak tahu.
Yang baru dan yang tak lama.
Saya dalam ES40. Ia bergerak tepat pada pukul 2.30 petang mengikut jadual. Rindu rasanya dapat naik semula koc kesukaan saya ini. Cuma saya terkejut dengan harga tiketnya iaitu RM 10 untuk warga emas dari Gemas ke Tampin. Bila saya tanya berapa harga tiket biasa, jawapannya RM 12. Rupa-rupanya bayaran tempat duduk tetap RM 8 untuk semua penumpang dan harga tiket biasa RM 4. Dari RM 4 itu saya mendapat diskaun 50% menjadi RM 2.
Ini kelebihan tren biasa berbanding ETS. Penumpang ada pilihan.
ES40 sampai ke Tampin pada pukul 3.10 petang mengikut jadual. Tren Komuter sudah menunggu.
Papan nama lama TAMPIN/PULAU SEBANG
Papan nama baru PULAU SEBANG (TAMPIN). Tetapi semua orang memanggil stesen ini TAMPIN walau pun ia terletak dalam negeri Melaka.
Dalam tren Komuter yang bergerak tepat pada pukul 3.53 petang mengikut jadual. Trek dari Gemas ke Sungai Gadut adalah trek baru. Tren Komuter tidak bergoyang langsung. Ramai juga penumpang Komuter dari Tampin, ditambah lagi yang naik di Rembau, Sungai Gadut dan Senawang. Di Seremban sudah tentu ada yang tidak dapat tempat duduk.
Saya sampai ke Seremban tepat pada pukul 4.33 petang. Saya ambil gambar ini setelah berlegar di stesen. Maklumat yang tertera tidak berubah dari pagi tadi. Kenapa tu KTM?
Kalau ditanya tren manakah yang paling saya suka antara tiga itu, jawapannya ialah tren perlahan antara Gemas ke Tampin.
Sekian.
1 comment:
Depature signage tak berubah kerana network layer 3 down. Fibre putus.
Post a Comment