Di kiri ialah En.Lee Chin Hock dan disebelahnya pemandu En. Rasib.
Meja pendaftaran. Perhatikan dua peserta sudah memakai baju T seragam sedangkan kami belum lagi.
Kami dilepaskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Norzam Nor. Perjalanan kami ialah ke selatan melalui Jalan Zaaba dan Jalan Tampin. Kemudian kami membelok ke Rantau di Sungai Gadut. Selepas Rantau kami membelok ke kanan lagi melalui Siliau dan membelok ke kiri apabila bertemu dengan Jalan Seremban - Port Dickson. Di perjalanan beberapa soalan diberi dan kami juga memungut beberapa harta karun.
Presiden Kelab Akhbar Negeri Negeri Sembilan En. Razali menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Norzam Nor yang melepaskan kami.
Selepas Kota Lukut kami terus ke Muzium Angkatan Tentera di Kem Port Dickson. Sekali lagi saya rasa kesal kerana belum pernah menjejak kaki ke Muzium ini walau pun selalu lalu lalang di sini. Apa yang menarik di Muzium ini ialah satu terowong khas yang menunjukkan kehidupan anggota Partai Komunis Malaya (PKM) semasa darurat dulu. Saya juga berjanji akan membawa ahli keluarga saya ke sini nanti.
Kami menamatkan Treasure Hunt kami di Tiara Beach Resort. Kami makan tengah hari disini dan acara penutup dirasmikan oleh YB Dato' Razi Kail Exco Pelancongan Negeri Sembilan. Saya tidak yakin menang kerana banyak jawapan yang kami beri meragukan saya sendiri. Walau bagaimana pun saya dapat memungut semua enam harta karun dengan betul walau pun soalan dibuat secara teka teki dalam Bahasa Melayu.
Apabila nama-nama pemenang diumumkan pasukan saya tidak tersenarai pun dari tempat pertama ke lima belas. Begitu juga pasukan pertama Jabatan saya itu. Walau pun mereka muda belia tak menang juga. Saya perhatikan juga yang menang adalah muda-muda belaka.
Walau bagaimana pun saya tidak kesal menyertai Treasure Hunt kali ini kerana setidak-tidaknya saya sempat melawat Muzium dan Kota Lukut dan Muzium Angkatan Tentera Malaysia. Setiap kereta juga diberi duit minyak RM 50 oleh Exxon Mobil Port Dickson.
Antara sebab-sebab kami kalah ialah seperti berikut:
- Masa yang diberi untuk saya menubuhkan pasukan terlalu singkat iaitu tiga jam. Sepatutnya paling singkat tujuh hari.
- Masa telah berlalu lama sejak saya memenangi peraduan Treasure Hunt. Yang dulu tu penulis soalan-soalan mungkin sebaya dengan saya dimasa itu. Jadi pemikiran saya dengan beliau mungkin sama.
- Penulis-penulis soalan sekarang (mereka menamakan diri mereka lanun) muda-muda belaka. Mereka ialah generasi Internet dan SMS walau pun saya boleh mengikuti kerenah generasi ini. Ada soalan-soalan yang tidak dapat ditangkap oleh saya dan Lee. Pemandu Rasib hanya tahu memandu sahaja. Nasib baik dia tidak jadi penumpang.
Saya teringat kata-kata aktor Danny Glover dalam filem-filem Lethal Weapon "I'm too old for this s..t!" Agaknya itu keadaan saya sekarang.
No comments:
Post a Comment