Saya rasa lebih baik saya membuat pos baru dari membetulkan pos saya dulu mengenai Rasah, Seremban. Dengan cara ini saya mengakui kesilapan yang saya buat di pos yang dulu.
Di pos pertama saya mengenai Rasah saya nyatakan di Kampung Chedang (Cedang?), Seremban tidak ada keluarga Melayu yang tinggal. Rupa-rupanya saya salah. Baru semalam boss saya mengarahkan saya pergi ke kampung itu untuk membuat sedikit kerja. Rupa-rupanya ada juga lebih kurang dua puluh rumah keluarga Melayu disitu.
Saya membuat silap kerana menyangkakan selama ini sekumpulan keluarga Melayu yang saya nampak disitu termasuk dalam Kampung Mantau, Mambau. Rupanya tidak dan saya terpaksa memeriksa bil elektrik dan api mereka untuk memastikan mereka ialah penghuni Kampung Chedang, Rasah, Seremban.
Ada dua perkara yang nyata timbul dari kesilapan saya itu. Pertama, kita hendaklah sentiasa belajar. Kesilapan ini menjadi satu pengajaran bagi saya.
Kedua ialah betapa suasana kampung di bandar-bandar besar sudah mula hilang. Kampung Chedang seolah-seolah ditinggalkan oleh kemajuan di Taman Bukit Chedang dan Seremban 2. Projek Lebuhraya Timur Selatan juga 'membelah' kampung ini walau pun tidak banyak rumah yang terlibat jika dibandingkan dengan rumah-rumah Melayu yang terlibat dengan Projek Lingkaran Tengah Seremban.
No comments:
Post a Comment