Saya ambil sendiri gambar-gambar di atas semasa Pak Lah melawat Negeri Sembilan pada bulan Mac 2005. Saya rasa bertuah juga kerana pejabat saya terletak betul-betul bertentangan dengan padang yang dinamakan Padang N.S. atau Padang Negeri Sembilan di Seremban.
Padang ini jugalah menjadi tempat helikopter-helikopter menurunkan orang-orang kenamaan atau VIPs yang melawat Seremban atau Negeri Sembilan untuk tujuan tertentu.
Walau bagaimana pun saya jarang-jarang turun ke padang untuk mendekati para VIP yang turun. Tambahan lagi anggota keselamatan terutama Polis biasanya tidak membenarkan orang-orang biasa turun ke padang semasa helikopter turun.
Tapi bila Pak Lah turun kali ini kami diminta turun ke padang untuk sama-sama menyambut Pak Lah. Saya tidak bersalam dengannya seperti yang dibuat oleh boss saya. Tetapi saya cuma mengambil gambar mereka bersalaman.
Sekarang Pak Lah sudah bersara. Saya tidak mahu menyebut apa-apa tentang pentadbiran Pak Lah. Saya hanya ingin sama-sama mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada Pak Lah.
No comments:
Post a Comment