Sunday, December 13, 2009

Cakap Melayu sajalah!

Mungkin saya bernasib baik juga kerana menerima persekolahan menengah dalam Saluran Inggeris. Tetapi bila saya bercakap saya bercakap sama ada dalam Bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. Itu juga bila saya menulis. Buktinya ialah pos-pos saya dalam blog saya ini. (Kalau ada Bahasa Melayu untuk 'post' dan 'blog' tolong beritahu saya).

Dongan oghang Melayu Nogoghi Sombilan se cakap bahaso omak se.

Saya tak suka campur-campur bahasa. Kalau terpaksa campur bahasa pun saya guna dengan betul. Bila fikiran saya tegang saya tak kata saya 'tension'. Saya kata saya 'tense'.

Oleh itu saya cukup sakit telinga dan sakit mata bila mendengar dan melihat Bahasa Melayu dicampur dengan Bahasa Inggeris dengan cara tak betul. Lebih-lebih lagi oleh pengacara TV.

Saya beri beberapa contoh di sini:


i) You all.

'You all' atau 'All of you' cuma boleh digunakan kepada kumpulan yang melebehi 3 (tiga) orang. Kalau dua orang sepatutnya 'You both' atau 'Both of you'. Astro sekarang ada program 'Sehati Berdansa' diantara pasangan suami isteri. Bila pengacara bercakap kepada satu-satu pasangan dia asyik sebut 'You All'. Macam mano dio dapek kojo pengocagho kek Astro tak tau lah se?

Dalam tulisan pula ada saya nampak orang menulis ringkas 'uols'. Saya fikir ia bermaksud 'You Alls'. Mana ada perkataan 'Alls'?


ii) Jury.

'Jury' ialah sekumpulan manusia. Ahli-ahlinya disebut 'Jurors' atau 'Jury members' atau 'Members of the Jury'. Di dalam Bahasa Melayu pula sepatutnya 'Ahli-ahli Juri'. Saya sering terdengar pengacara TV menyebut 'Juri-juri'. Sakit tolingo se nonga eh.


iii) Muslim

'Muslim' bermakna 'orang Islam' dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau lebih dari seorang Islam ia sepatutnya disebut 'Muslims'. Tapi saya ternampak di luar satu surau di Kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya notis 'FOR MUSLIM ONLY'. Kalau difahami betul-betul notis ini bermakna surau itu boleh dimasukki oleh seorang Islam sahaja. Nampaknya tak bolehlah solat berjemaah dalam surau ini. Bukan saya kata, PLUS yang kata.

Muslim juga nama orang. Saya ada kawan bernama Muslim bin Minhat. "Bertuah kau Lim, PLUS dah bina surau untuk kau dan sesiapa serupa nama dengan kau sahaja".

Kepada sesiapa yang tidak tahu menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul ini nasihat saya ialah "Cakap Melayu sajalah!".

2 comments:

Anonymous said...

Maarof

Memang betul apa yang anda tulis tu. Sepatutnya cikgu cikgu dan sekolah sekolah galakkan dan pastikan bahasa Inggeris di ajar dan dipraktikkan dengan betul.

Kalau kita baca sms dari anak anak sekrang, memang sukar untuk di fahami.

wallah hu aklam

wassalam
MA

aliya said...

Salam abang Maarof,
Setuju sangat. Pencemaran bahasa semakin menjadi, apatah lagi sudah ada model yang boleh ditiru,iaitu pelakon dan pengacara rancangan TV tempatan.
Jangan salahkan guru. Walaupun bertahun-tahun diajar ejaan Bahasa Inggeris yang betul, anak-anak kita lebih gemar menulis dalam ejaan yang salah. SMS yang diterima daripada pelajar ada saja yang dieja 'techer'. Rasa nak ketuk kepala mereka-mereka itu; bila kita tegur, mereka tersengih sambil berkata ejaan begitu barulah
'class', 'glamour'.. aduhh!