Monday, October 24, 2011

Kenapa tak rancang awal-awal?

Dua jambatan cuma terasing 10 meter.

Jambatan gantung untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal.

Jambatan biasa yang serba guna.

Banyak filem bertajukkan jambatan. Antaranya 'The Bridge on the River Kwai', 'The Bridge at Remagen' dan 'The Bridges of Madison County'. Kalau tak salah saya ada juga filem Melayu bertajuk 'Jambatan Maut'. 

Tetapi di satu kampung di Negeri Sembilan terdapat dua jambatan yang pelik juga. Pelik kerana mereka terletak bersebelahan dengan jarak pemisah 10 meter sahaja. Cuma mereka berbeza struktur. Yang satu ialah jambatan gantung yang hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki, basikal dan motosikal. Yang satu lagi pula jambatan biasa, cuma yang ini ketinggian kenderaan dihadkan kepada 3 meter dan berat kenderaan dan muatan kepada 5 ton.

Jika mereka terletak di tempat yang sibuk tak apa juga. Tetapi mereka terletak di satu kampung yang agak sunyi. Saya bukan seorang jurutera atau sebagainya dan melihat kedua-dua jambatan saya tidak pasti yang mana satu dibina dahulu. Tetapi mengikut logik sudah tentu jambatan gantung yang dibina dulu. Sesudah dibina tentu ada yang terfikir jambatan itu tidak memadai, oleh itu satu jambatan yang lebih besar dibina. Mungkin juga jambatan gantung itu boleh dilanda banjir, oleh itu paras jambatan baru dibina lebih tinggi sedikit.

Soalan saya, kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Kenapa kajian tidak dibuat sebelum jambatan dibina?   Semasa saya di sana ada juga beberapa motosikal yang lalu, tetapi mereka tidak menggunakan jambatan gantung. Ia sudah menjadi satu gajah putih yang tergantung sekarang. Kerana ia masih dijaga, dengan cat baru dan jalan yang baru sahaja diturap sebelahnya.

Bersambung ke Bahagian 2.

5 comments:

Anonymous said...

Yg lamo biarlah jadi nostalgia....kuk sesuai digunakan lagi apasalah nya....terutama utk pejalan kaki,basikal dan motorsikal ....Bukan jambatan tu di bina sekali gus dlm satu2 masa.....jambatan gantung tu dibina sekitar tahun 60an..jambatan baru ni pulak dibina pada tahun 2011....itu kawasan yg sesuai klu tmpt lain mungkin kono tanah org...sapo nak bayar....mmg ada keperluan jambatan baru ni......jambatan baru keto dah boleh lalu dari kg seliau dah boleh ke kg Linsum tanpa perlu ikut jalan luar..Jambatan baru yang dibina adalah menggunakan teknologi terkini iaitu menggunakan konkrit komposit ultra tinggi di mana jambatan ini juga tidak menggunakan tiang penahan, sebaliknya ianya lurus sebatang merentangi sungai dengan hanya bahan campuran habuk besi sebagai gred Konkrit Prestasi Tinggi yang menghasilkan kekukuhan 20 kali lebih lasak daripada konkrit konvensional biasa...sey rasa klu tahun 60an dulu mmg kg ni sunyi...tp sekarang ni setiap rumah kurang2 ada sebiji keto...mmg ada keperluan....takde kerajaan saja2 nak lotak jambatan kalau tiada sbb2 tertentu....sekarang ni dah tahun 2011....jambatan gantung tu dirancang dan dibuat pd tahun 60an....dah lamo boto tu..

Anonymous said...

Kalau tak silap saya, jambatan ini ada disiarkan gambarnya dalam laman JKR Negeri Sembilan dimana jambatan jenis ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Itupun kalau tak silap la. Nak buat pengesahan kat laman JKR N.Sembilan tak boleh pulak sebab semasa komen ini ditulis, laman JKR tak boleh dibuka. Kalau silap, maaf la yoo...!

Unknown said...

Jambatan gantung tu ada sejarah dan kenangan,boleh tanya sendiri org kampung siliau dan linsum,kalau jambatan tu kekal seratus tahun lagi pun tak apa,biarkan..tak buat sakit pun mcm manusia2 kat luar sana yg lapar merosakan kenangan dan sejarah bumi

Unknown said...

Tak payah lah nak sibuk2 pasal jambatan tu,biar lah dia kekal kat situ,

Unknown said...

Yo betul den bosar kek kelumpo pun sayang jambatan tu,tak payah lah orang tak tahu menahu ni buek pandai pulak