Monday, March 18, 2013

Antara Saiful Bahari dan Suria Buana

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban 
Untuk Ibu Pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kita gugur semua
Taburlah bunga atas pusara
Kami mohon doa 
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Itulah lirik lagu 'Inilah Barisan Kita' yang boleh dikatakan berkumandang di radio dan televisyen boleh dikatakan tiap-tiap hari sekarang. Tetapi berapa ramaikah yang tahu asal-asal usul lagu tersebut? Juga siapa pencipta dan penyanyinya? Berikut adalah maklumat yang saya tahu:-

Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, jiran-jiran kita Indonesia dan Filipina tidak puas hati. Indonesia melalui Presiden Soekarno menuntut Sarawak dan Filipina pula melalui Presiden Ferdinand Macapagal menuntut Sabah. Tuntutan Filipina ialah berasaskan Sabah pernah menjadi salah satu wilayah Kesultanan Sulu yang sekarang pula menjadi wilayahnya. Itulah sebabnya Sabah sekarang diceroboh oleh mereka yang mengaku keturunan Sultan Sulu. 

Tuntutan Filipina hanya berbentuk bantahan semata-semata. Tetapi tuntutan Indonesia agak menggerunkan. Apatah lagi Soekarno memang mempunyai dendam kesumat terhadap Perdana Menteri kita Tunku Abdul Rahman semasa itu. Dendamnya bukan setakat rasmi, tetapi dendam peribadi pun ada. Soekarno pun mengumumkan konfrantasinya dengan Malaysia dengan slogan 'Ganyang Malaysia!'

Kemungkin perang antara Malaysia dengan Indonesia amat ketara, sehinggakan Soekarno menghantar askar payung terjun Indonesia mendarat di Layang-layang, Johor. Tetapi mereka dengan senang ditawan oleh tentera kita.

Dari itu Tunku Abdul Rahman memutuskan antara cara untuk menaikkan semangat rakyat kita dalam kemungkinan berperang dengan Indonesia ialah melalui muzik. Seorang pencipta lagu dipanggil untuk mencipta beberapa lagu patriotik untuk tujuan tersebut. Pencipta yang berjaya meyakinkan Tunku Abdul Rahman ialah Saiful Bahari.

Saiful pun mencipta dua lagu iaitu 'Malaysia Berjaya' dan 'Inilah Barisan Kita'. Lagu 'Malaysia Berjaya' dinyanyikan sepenuhnya oleh Jamaludin Alias yang bukan seorang penyanyi professional sebenarnya. Jamaludin ialah seorang juruhebah Radio Malaysia yang berbakat menyanyi. Dia juga sering muncul di televisyen. Saya tidak pasti sama ada Saiful juga mencipta lirik untuk kedua-dua lagu itu.

Lagu 'Inilah Barisan Kita' juga dinyanyikan oleh Jamaludin Alias secara solo pada mulanya dan diikuti oleh Jamaludian dengan suara ramai. Antara liriknya ialah 'Malaysia berjaya'. Bagi saya lagu ini cukup menaikkan semangat. 

Malagnya walaupun Saiful Bahari warganegara Malaysia, tetapi dia berketurunan Indonesia. Saya kurang pasti sama ada beliau juga dilahirkan di Indonesia. Tunku Abdul Rahman tidak mahu Soekarno mempersendakan lagu-lagu ciptaan Saiful Bahari seperti dia mempersendakan lagu 'Negaraku' yang kononnya ditiru dari lagu Indonesia 'Terang Bulan'.

Dari itu Saiful diminta untuk menggunakan nama lain untuk direkodkan sebagai pencipta lagu-lagu itu. Oleh itu nama Suria Buana digunakan dengan mengekalkan initial nama Saiful Bahari iaitu SB. Tetapi saya percaya Soekarno  akhirnya tahu juga akan muslihat itu. 

Jadi Saiful Bahari dan Suria Buana ialah orang yang sama.



7 comments:

Jojoe Ali said...

Salam.

Ada tak cara untuk hubungi saudara Saiful Bahari atau Suria Buana?

Halim Az said...

Saiful Bahri Elyas meninggal dunia pd tahun 1976 di Tokyo Jepun.. dikebumikan di tanah lahirnya di Indonesia..

AUTUMN SUMMER said...
This comment has been removed by the author.
maarofkassim said...

Jamaludin Alias penyanyi asal. Saya tidak pernah dengar versi Ahli Fiqir.

sd said...

Saifoel Bahari ialah Pemimpin Orkes Simfoni Radio Republik Indonesia. Beliau pertama kali datang ke Malaya pd 1959 bersama rombongan kebudayaan R I.
Tetapi datang semula selepas itu untuk bertugas secara senyap dgn Kerajaan Malaysia, dgn menggunakan nama samaran Suria Buana. Beliau juga menggubah anthema Negeri Selangor yg menggantikan anthema lama.

Anonymous said...

Tahun berapa lagu ini dicipta?

maarofkassim said...

Rasanya tahun 1964.