Menaiki bas khas ke rumah YAB MB.
Dalam bas.
Bila datang Hari Raya timbullah apa yang dikatakan rumah terbuka. Di sana sini orang akan bertanya 'Bila nak buat rumah terbuka?' Oleh kerana semua orang sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'rumah terbuka' tidak payahlah saya menerangkannya di sini.
Tetapi dalam banyak rumah terbuka Hari Raya ada satu yang saya paling seronok pergi. Ia ialah rumah terbuka yang diadakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang, Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan.
Sebenarnya YAB Haji Mohamad mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri dua kali setiap tahun Hijri. Rumah terbuka pertama diadakan di Hari Raya pertama di kawasan pejabatnya di Bandar Seremban dan yang kedua di rumah kampungnya di Rantau, Daerah Seremban. Rumah terbuka kedua inilah yang saya maksudkan.
Sebenarnya saya telah mula pergi ke rumah terbuka YAB sebelum dia menjadi Menteri Besar lagi. Keunikannya ialah tempatnya, iaitu dalam kawasan sebuah rumah kampung, iaitu rumah keluarga YAB sendiri. Tetapi kerana kedudukannya dalam sebuah kampung timbul pula masalah lalulintas pada mulanya. Tetapi di tahun-tahun kebelakangan ini masalah itu dapat diatasi dengan diadakan perkhidmatan bas percuma. Para tetamu dikehendaki meletakkan kenderaan di beberapa tempat khas di Pekan Rantau dan dari situ mereka dibawa ke rumah YAB dengan bas. Tetapi dengan sistem itu pun ramai juga yang saya lihat membawa kereta untuk diletakkan paling hampir dengan rumah YAB.
Tetapi apa yang hendak saya ceritakan disini bukanlah masalah lalulintas. Tetapi satu perangai buruk orang kita yang tidak berpuas hati dengan hanya menjamu makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Mereka membawa balik mana-mana makanan yang boleh dibawa balik.
Mula-mula dulu dalam perjalanan saya ke rumah YAB saya dikejutkan melihat orang dewasa dan kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan memeluk satu atau dua botol minuman 1.5 liter untuk dibawa balik. Saya hairan juga pada mulanya bagaimana perkara itu boleh terjadi. Apabila sampai ke meja hidangan baru saya tahu jawapannya.
Di atas setiap meja sudah terdiri beberapa botol minuman 1.5 liter tersebut, ada yang sudah terbuka dan ada yang belum. Dari situlah para tetamu mendapat air minuman mereka dengan menuang kedalam cawan kertas yang disediakan. Tetapi ada pula yang berfikir lain dengan membawa balik botol-botol yang belum dibuka.
Di tahun-tahun berikutnya masalah ini dapat diatasi dengan diadakan 'stesen-stesen minuman'. Dari situ para tetamu boleh mendapat minuman melalui cawan-cawan kertas yang diberi oleh pekerja-pekerja tuan rumah. Jika ini pun mereka hendak bawa balik tidak tahulah saya.
Tengah hari tadi saya pergi sekali lagi ke rumah terbuka YAB Menteri Besar ini. Sekali lagi saya menaiki bas yang disediakan. Tetapi duduk semeja dengan saya ada seorang tetamu perempuan yang menunjukkan sikap buruknya. Dia mengambil sebanyak makanan yang boleh, diantaranya sate, nasi beriyani, kuey teow dan buah longan. Saya hairan juga bolehkah dia menghabiskan semua makanan itu?.
Soalan saya terjawab apabila dia memasukkan semua makanan tersebut kedalam beberapa bungkusan plastik yang sedia dibawanya. Kemudian dia memasukkan semua bungkusan tersebut ke dalam sebuah beg yang juga sudah sedia dibawanya. Semua ini dilakukannya di hadapan mata saya, isteri saya, anak dan menantu tanpa segan silu. Kemudian baharulah dia sekali lagi mengambil makanan untuk dimakannya disitu juga.
Apabila selesai kunjungan saya dan keluarga ke rumah YAB tibalah masa untuk kami balik. Semasa mununggu giliran menaiki bas saya dikejutkan sekali lagi. Kali ini seorang lelaki pula membawa bersamanya sebuah kotak berisi 24 botol minuman air mineral 500 ml tiap-tiap satu. Dia juga tanpa segan silu membawa bersama kotak itu ke dalam bas.
Bagaimana mana dia boleh mengambil atau lebih tepat melarikan satu kotak minuman saya tidak tahu.
Apabila selesai kunjungan saya dan keluarga ke rumah YAB tibalah masa untuk kami balik. Semasa mununggu giliran menaiki bas saya dikejutkan sekali lagi. Kali ini seorang lelaki pula membawa bersamanya sebuah kotak berisi 24 botol minuman air mineral 500 ml tiap-tiap satu. Dia juga tanpa segan silu membawa bersama kotak itu ke dalam bas.
Bagaimana mana dia boleh mengambil atau lebih tepat melarikan satu kotak minuman saya tidak tahu.
2 comments:
patut abang haji ambil gambar sekali...
Brother Maarof,
Membawa pulang makanan/minuman satu hal. Ramai juga yang akan membazirkan makanan apabila tidak memakan makanan yang diambil. Kerap berlaku dimajlis kenduri kahwin atau mana mana jamuan secara buffet. Tidak pula berlaku dinegara maju dimana mereka hanya mengambil apa yang perlu sahaja. Malang sekali jika ini diamalkan oleh orang yang berugama Islam dimana kita telah dididik supaya tidak berkelakuan sedemikian. Wallahualam.
Post a Comment