Sunday, October 12, 2008
Penyangak, peminum arak dan Shah Ruth Khan
Saturday, October 11, 2008
Etika di Masjid
Thursday, October 9, 2008
Hari Raya 2008 - Bahagian 3
Biasanya sepanduk digantung di pagar Dewan. Tetapi kali ini ia digantung di bangunan Dewan itu sendiri. Agaknya untuk mengelakkan kedatangan tetamu tidak diundang.
Lagi persediaan. Yang berbaju hijau adalah juru elektrik kami.
Upacara sudah bermula. Seperti biasa gerai sate menjadi tumpuan.
Dari pandangan dan pengalaman saya juga di hari-hari terbuka hari raya makanan lemang kurang mendapat sambutan. Ia hanya menjadi tumpuan di Hari Raya pertama.
Kakitangan dan para jemputan memenuhi dewan. Saya nampak ramai pada tahun ini dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.
Satu lagi pandangan kakitangan dan jemputan. Di tepi mereka ialah gerai-gerai makanan. Saya kira di tahun ini juga pembaziran makanan adalah kurang.
Yang Di Pertua saya dan isteri menunggu jemputan khas. Sama ada beliau sedang membaca SMS atau menghantar SMS. Di kanan beliau berbaju gelap ialah Tiger Lee. Siapa Tiger Lee sila baca pos saya 'Dicekik Yang Berhormat'.The best time to quit
Monday, October 6, 2008
Rumah Terbuka dan Tetamu Tidak Diundang
Sunday, October 5, 2008
Dua sekali?

Gambar-gambar diatas sebenarnya gambar lama. Ia saya ambil beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-12 beberapa bulan dulu. Saya sedang berada di Seremban 2 bila tiba-tiba saya teringat akan sahabat lama saya En. Morshid, bekas Ketua Kampung, Kg. Kayu Ara Mambau. Beberapa meter dari rumahnya saya ternampak dua kereta diatas yang terbabas ke dalam longkang. En. Morshid pun tak tahu mengapa.Friday, October 3, 2008
Mana jemaah lain?

- Ada orang sembahyang lima kali sehari
- Ada juga orang yang sembahyang hanya sekali dalam seminggu
- Ada pula yang sembahyang sekali atau dua kali dalam setahun
Dalam golongan manakah kita?
Hari Raya 2008 - Bahagian 2
Bacaan doa sebelum Jamuan Makan diketuai oleh biras saya Hj. Mohd. Nor yang duduk paling kiri.Thursday, October 2, 2008
Saya dan kamera
Setelah mempunyai Pentax Super-A yang mempunyai banyak fungsi itu kamera ME Super saya seolah-olah tertinggal. Oleh itu apabila Pentax mengeluarkan kamera SLR 'auto-focus' saya pun membelinya dengan menjual ME Super saya. Modelnya ialah Pentax Z70. Kamera filem inilah yang paling akhir saya gunakan sehingga saya bertukar kepada kamera digital. Kamera ini masih dalam keadaan baik sekarang.
Kami sekeluarga pergi bercuti ke Hotel Seri Malaysia di Bagan Lalang, Selangor. Kami datang awal dan diberitahu bilik-bilik belum dikemaskan. Sementara menunggu saya pun mengeluarkan ESPIO tadi dan mengambil gambar di luar hotel. Selepas itu kami berehat di lobi dan kamera diletakkan di atas meja. Tiba-tiba pihak hotel memberitahu bilik-bilik telah sedia. Kami pun mengambil beg-beg dan masuk ke bilik tanpa seorang pun yang sedar kamera tertinggal. Saya baru sedar setelah berehat dalam bilik dan ingin mengambil gambar di kolam renang. Apabila ditanya di kaunter semuanya tidak tahu.
Apabila kamera memasukki era digital saya agak lambat juga memasukkinya. Pilihan pertama saya sepatutnya Pentax tetapi saya dapati mereka ditinggal kebelakang oleh Nikon, Canon dan Olympus. Sony yang tidak pernah mengeluarkan kamera pun masuk ke kelab kamera digital ini. Akhirnya saya membeli model Sony P92. Saya pilih Sony oleh kerana mereka mempunya pusat servis di Seremban, dulu di Kemayan Square dan sekarang di Taman AST. Saya masih ingat apabila kamera Pentax saya rosak saya terpaksa menghantarnya ke pusat servis mereka di Petaling Jaya, Selangor.
Kamera Sony P92 inilah yang saya bawa ke Fukuoka, Jepun. Apabila balik dari Jepun dengan baki elaun yang saya terima saya membeli sebuah lagi kamera digital Sony iaitu Sony W1. Bukan itu sahaja. Saya membeli skuter saya dari elaun Jepun ini juga.
Kawan-kawan saya di pejabat diberi sebuah kamera seorang tetapi saya tidak. Boss saya kata 'Kau dah ado kamera, tak payahlah dapek lai!'. Kemudian apabila kamera saya rosak dan dihantar ke pusat servis Sony saya dapat satu idea. Saya pun minta sebuah kemera pejabat dengan alasan jika kamera saya rosak adakah pejabat sanggup membiayai kos membaikinya? Akhirnya saya pun diberi kamera Canon A530.
Disinilah dimana sebutan 'the camera man not the camera' menjadi kenyataan. Harga Canon A530 ialah sepertiga murah dari Sony W1. Canon A530 ini dibuat di Malaysia sedangkan Sony W1 di Jepun. Tetapi gambar-gambar yang dihasilkan dari kedua-dua kamera ini tidak ada bezanya. Dua kamera inilah yang saya bawa ke negara Arab Saudi semasa saya mengerjakan Haji dulu. Saya bawa dua kerana takut jika satu rosak yang satu lagi ada. Lihatlah gambar-gambar dalam pos saya Mengerjakan Haji itu. Saya pun tidak pasti kamera yang mana mengambil gambar mana. Yang pasti ialah gambar kami turun di Madinah dengan latar belakang pesawat Boeing 747-368 itu diambil dengan Canon A530. Malaysia Boleh!
Sudah tentu tumpuan akhir seorang jurugambar yang serious seperti saya ialah untuk memiliki satu kamera SLR, kali ini DLSR atau Digital Single Lense Reflex. Sekali lagi saya kesal kerana Pentax di belakang dalam kelas ini dibandingkan dengan Nikon, Canon, Olympus dan Sony. Saya pilih Canon 350D kerana memikirkan Canon mempunyai pusat servis di Kemayan Square, Seremban.
Saya menggunakan Canon 350D ini untuk gambar-gambar serious seperti gambar kapalterbang atau diminta untuk mengambil gambar orang kahwin jika diminta.
Untuk masa depan saya kurang pasti lagi. Mungkin apabila saya sudah bersara kali kedua saya ingin menumpukan lebih masa mengambil gambar. Saya mungkin memerlukan sebuah lagi DSLR, sekurang-kurang badan atau 'body' sahaja. Sudah tentu pilihan saya Canon juga kerana saya sudah ada koleksi lensa mereka. Buat masa ini pandangan saya ialah sama ada Canon 450D atau 40D.
Wednesday, October 1, 2008
Hari Raya 2008 - Bahagian 1
Ini gambar saya (berbaju hijau muda) sedang membaca takbir Raya di rumah saya. Kami mula bertakbir dari rumah ke rumah selepas solat Isya'. Kami buat dua kumpulan dan inilah ahli-ahli kumpulan saya.
Sembahyang Raya di Masjid Qariah Sikamat. Oleh kerana ramai yang sudah balik ke kampung kami bersolat dengan selesa. Jemaah perempuan diletakkan di tingkat atas.
Saya mengambil gambar sendiri dalam Masjid.
Ada yang mengambil kesempatan untuk mengutip derma. Saya percaya mereka ini adalah warganegara asing.
















