Thursday, April 29, 2010

Jiran.

Belum lagi negara kita reda dari berita kematian seorang remaja kerana ditembak polis timbul pula cerita seperti di atas. Seorang lelaki terbunuh akibat perkelahian berpunca dari tegurannya kepada jirannya yang membuang sampah bukan di tempatnya. Saya anggap kedua-dua kematian ini sia-sia sahaja dan boleh dielakkan.

Saya dulu bekerja di satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sudah biasa dengan aduan antara jiran-jiran. Ini termasuk aduan mengenai jiran membuang sampah bukan di tempat yang sepatutnya. Dalam pencen ini pun saya baru-baru ini menerima aduan melalui facebook dari seorang kawan sekolah saya mengenai jirannya yang membuang sampah di hadapan rumahnya. Dia tahu saya pun sudah pencen sepertinya, tetapi meminta saya menggunakan pengaruh saya untuk menguhubungi jabatan lama saya. Saya tidak lagi menerima aduan darinya, dari itu saya anggap masalahnya sudah selesai.

2 comments:

abdulhalimshah said...

Tuan Haji,
Bukan saja pasal sampah jiran berkelahi hingga mati, nanti perkara kecil pun ada yang dibawa kemahkamah. Sepatutnya Jabatan Perpaduan hidupkan semula " Rukun Tetangga " supaya hubungan berbaik sangka dipulihkan semula terutamanya dibandar besar.

Anonymous said...

Bab jiran kita kena berbaik sangka, tolak ansur,bertimbang rasa...dalam apa2 hal dengan jiranlah kita mengadu..kita bercerita tapi biarlah berpada2....
Ada jiran buat `great wall' sebab tak bertegur sapa...ada orang boleh jual rumah atau pindah kerana tak tahan dengan kerenah jiran dan yang herannya pendidikan masing2 tinggi.. ada tu berpendidikan ugama ...Wallahu`alam

Muhd. Abd.