Wednesday, May 5, 2010

Surau dan taman permainan di tepi kolam

Petang semalam saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa surau kami telah melawat projek pembangunan surau kami. Surau kami sedang rancak dibina. Dalam perkiraan saya dalam sebulan lagi dapatlah kami menggunakannya.

Sebenarnya kami sangat bertuah. Surau kami dibina betul-betul di tengah kawasan taman perumahan. Ia pula bersempadan dengan satu taman permainan. Sebenarnya kami mempunyai dua taman permainan. Tetapi taman permainan sebelah surau ini lebih popular kerana dilengkapkan dengan satu trek jogging.

Tiap-tiap pagi ramai penduduk dari semua bangsa berjalan dan berlari di atas trek jogging ini. Kebanyakannya perempuan.

Sebelah surau dan taman permainan ini pula ialah kolam tebatan banjir. Taman kami juga mempunyai dua kolam tebatan banjir. Cuma kolam yang ini juga mengalirkan air dari Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).

Untuk ibu bapa yang membawa anak-anak ke surau nanti, jika mereka bosan dengan aktiviti surau bolehlah anak-anak disuruh bermain di taman permainan. Untuk ibu bapa membuang masa sebelum atau selepas aktiviti surau bolehlah melepaskan geram dengan merenung ke dalam kolam.


Surau dan taman permainan di tepi kolam.



Trek jogging. Tetapi saya segan berlari di sini kerana kebanyakan penggunanya perempuan.

1 comment:

melayuangkat said...

Salam Tuan Hj,

Alhamdulillah, happy for all of you that the Surau is taking shape as planned.

Selamat Berjogging juga..