Tuesday, September 14, 2010

Daulat Tuanku.


TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian.

Semasa saya bekerja di Kelantan pada tahun 1972 dulu seorang kakitangan saya orang Kelantan ada berkata "Bila raja-raja kita sekarang mangkat dan digantikan oleh anak-anak mereka raja kita............" Saya tidak mahu meneruskan apa yang sebenar disebutnya kerana ia agak sensitif. Memadai saya nyatakan dia menjangka satu kelainan akan berlaku di negeri Kelantan dibandingkan dengan negeri-negeru lain di Malaysia.

Saya tidak menyangka apa yang disebutnya itu berlaku sekarang. Tuanku Muhammad Faris Petra baru sahaja di masyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra. Dalam bahasa diraja Inggeris ada disebut 'The King is dead, long live the King.' Dalam bahasa diraja Negeri Sembilan pula ada disebut 'Yamtuan mangkat, Yamtuan menanam.' Kedua-dua ayat mempunyai maksud yang agak sama iaitu apabila raja yang lama mangkat raja yang baru akan menggantikannya. Tugas pertama raja yang baru pula ialah memberi titah pemakaman raja yang mangkat.

Tetapi pemasyhuraan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru bukanlah kerana kemangkatan ayahandanya. Tugas pertamanya pula bukanlah seperti apa yang saya sebutkan. Saya tidak tahu sama ada dalam sejarah raja-raja di Malaysia pernah berlaku seorang raja menggantikan raja yang lama bukan kerana kemangkatan. Setahu saya tidak di Negeri Sembilan. 

Saya tidak mahu mengulas terhadap faktor-faktor yang membenarkan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru sedangkan Sultan yang sedia tidak turun takhta. Walau bagaimana pun pemasyhuran ini sudah tentu untuk tujuan yang baik atau positif. Ini juga untuk memudahkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mentadbir negeri Kelantan tanpa apa-apa keraguan.

Patik hanya boleh menyebut "Daulat Tuanku."

5 comments:

Anonymous said...

Brother Maarof, it is technically a coup de tat. Since the Sultan only do religious function and ceremonial duties hopefully it does not led to civil war. They had civil war before over a similar situation. It was described quite well by Munshi Abdullah in one of his book. I anticipate there will more future episodes on this matter, enough to keep the tabloid people busy. Mshah.

abdulhalimshah said...

Civil war memang tak mungkin, tapi 'Perang diMahkamah' tak kurang hebat juga, ada mata lihat ada telinga dengar.

norzah said...

Sdr Maarof, What happens in Kelantan is certainly a new development in the history of Malaysian Sultanate. Usually, while the Sultan is still around there can only be a Pemangku Sultan, empowered to run the affairs of the State while the former is incapacitated.In Negeri Sembilan we've the Council of the Four Undangs to select the Pemangku and on the demise of the Yamtuan, appoint the Successor. How does it work in Kelantan? The papers do not seem to cover these points and informed bloggers like your goodself might perhaps give us some info about that. Selamat Hariraya maaf zahir dan batin.

maarofkassim said...

Dear Norzah,

The membership of the Negeri Sembilan Council of Undangs is made up the four Undang Luaks which can only be changed at the death of any of them. But the membership of the Kelantan Majlis Perajaan Negeri can be changed at any time. This is the only difference I can see. From what I read their power in appointing a state ruler is the same.

Al-Manar said...

Masya Allah. I arrive here by pure coincidence. Of all people I see my two friends Abdulhalimshah and Norzah - berbicara tentang negeri jiran saya. I wonder, I wonder and I keep wondering what this is all about, and I hope it is all for the best. Orang NS berkumpul kerana ada ada rancangan kah?

Salaam to you tuan Maarof. Kalau tak silap saya datang melalui blogger di USA! Memang jauh perjalanan saya malam ini. Apa yang kita hendak ragukan tengtang Isra'?

Pakcik