Friday, September 9, 2011

Antara 'The Godfather' dan 'Last Tango in Paris'



















Beberapa hari yang lepas saya menonton satu program TV mengenai pelakon Hollwood Marlon Brando yang meninggal dunia pada tahun 2004. Marlon Brando pernah memenangi hadiah Oscar pelakon lelaki terbaik (best actor) sebanyak 2 kali, tetapi mungkin lebih dari itu.

Marlon mula memenangi Oscar 'best actor' pada tahun 1954 untuk filem hitam putih 'On the Waterfront' dan sekali lagi pada tahun 1972 untuk filem 'The Godfather'. Baru sahaja beberapa bulan selesai berlakon dalam 'The Godfather' Marlon berlakon dalam filem 'Last Tango in Paris' sebuah filem yang penuh kontroversi. Kedua-dua filem diharamkan untuk tayangan umum di Malaysia. Tetapi saya rasa beruntung kerana mempunyai DVD mereka dalam koleksi saya.

Sekali lagi Marlon Brando dicalonkan sebagai 'best actor' pada tahun 1973 untuk 'Last Tango in Paris' tetapi tidak memenanginya. Ini agak menghairankan kerana jika diteliti betul-betul lakonannya dalam 'Last Tango in Paris' lebih baik dari 'The Godfather'. Tetapi pihak Oscar sudah tentu memberi jawapan pelakon yang menang berlakon lebih baik darinya. Tapi saya tidak fikir begitu.

Dalam 'The Godfather' Marlon berlakon hanya untuk beberapa minit. Pelakon lain seperti Al Pacino dan Robert Duvall berlakon lebih lama tetapi dikategorikan sebagai pelakon pembantu sahaja. Dalam 'Last Tango' lakonannya bukan sahaja lebih baik, tetapi lebih panjang.

Mungkinkah pihak Oscar tidak mahu seorang pelakon memenangi kategori 'best actor' selama 2 tahun berturut-turut? Tetapi ini sudah berlaku pada Spencer Tracy pada tahun-tahun 1937/1938 dan kemudiannya Tom Hanks untuk tahun-tahun 1993/1994. Atau mereka marah kerana Marlon tidak datang sendiri menerima anugerahnya untuk 'The Godfather', sebaliknya menghantar seorang perempuan Red Indian yang membantah  layanan buruk orang putih terhadap bangsa mereka.

Tetapi jawapan saya ialah kerana filem 'Last Tango in Paris' diterbitkan oleh sebuah syarikat luar Amerika. Lebih tepat syarikat Italy dan lokasi filem pula di Paris, Perancis. Sedangkan Oscar bertapak di Amerika Syarikat atau USA.

Seperti kata pepatah Inggeris 'Charity begins at home' atau 'Kebajikan bermula di rumah'.

1 comment:

Al-Manar said...

Nampaknya hebat betul tuan tentang film film lama dan pelakun pelakun yang handal masa silam. Tentu perinkat muda kehairanan, ia?