Sunday, September 25, 2011

Realiti atau illusi?

Saya difahamkan di kawasan-kawasan perkampungan di India terdapat panggung-panggung wayang di mana penontonnya duduk di atas bangku-bangku panjang. Sudah tentu panggung-panggung tersebut tidak berhawa dingin seperti panggung-panggung wayang kita di Malaysia.

Penonton pun menonton filem-filem lakonan bintang pujaan mereka seperti Shah Ruth Khan dan lain-lain. Melihat cara hidup mewah yang dilakonkan ditambah dengan aksi-aksi tarian dan nyanyian membuatkan penontonnya terhibur seketika. Dengan cara itu juga mereka lupa seketika akan kehidupan mereka yang sudah tentu tidak semewah yang mereka tontoni. Dalam bahasa lain illusi mengatasi realiti mereka.

Mungkin kerana ini tahun ini tahun kedua saya merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan tidak bekerja pengalaman saya mengenainya juga sedikit berlainan. Seolah-olah hari raya tahun ini entah bila berhentinya. Sebagai contoh surau taman saya akan mengadakan jamuan hari raya pada 2 Oktober 2011 bersamaan 34 Syawal 1432 Hijri. Ooops maaf saya, bersamaan 4 Zulkaedah 1432 Hijri. 

Itulah contoh apa yang saya katakan hari raya tahun ini entah bila akan berhenti perayaannya. Di akhbar dan di TV ditunjukkan hari terbuka di mana-mana. Kebetulan hari raya tahun ini disambut bersama dengan Hari Merdeka yang ditangguhkan 16 hari. Maka adalah sebutan baru Merdeka Raya. Sampai saya lihat satu akhbar menujukkan gambar-gambar perayaan hari raya dalam dua muka penuh. 

Sudah tentu juga orang-orang yang merayakan hari raya berakaian baru dan berwarna warni. Tidak ada muka yang saya nampak tidak berseri.

Cuma saya harap inilah realiti kehidupan kita sehari-hari dan bukan satu illusi.

3 comments:

Abu Nu'man said...

Assalamualaikum tn hj...
Maaf la mungkin saya ni lambat pick up sket. Saya tak nampak kaitan keadaan di india yg tuan tulis dgn sambutan aidilfitri tahun ni...apa kaitannya ye?

maarofkassim said...
This comment has been removed by the author.
maarofkassim said...

Terima kasih Abu.

Kaitannya ialah apa yang orang India lihat di skrin wayang dan apa yang saya lihat di media massa (akhbar dan tv). Adakah apa yang saya lihat (hidup mewah, pakaian cantik, makanan bertimbun) realiti hidup kita hari-hari di Malaysia? Di lain perkataan adakah ia cuma lakonan untuk melupakan kesengsaraan kita.