Semasa saya bersekolah di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Tanjung Malim dulu saya mempunyai dua orang kawan yang mempunyai nama yang serupa. Nama mereka ialah Muhammad bin Abdullah, iaitu sama dengan nama Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
Kedua-dua mereka pula sebaya dan berada dalam Tingkatan yang sama dan cuma setahun junior dari saya. Kedua-duanya pula datang dari tempat yang sama iaitu Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Daerah Kuala Pilah sekarang sudah dipecahkan kepada Kuala Pilah dan Jempol. Mungkin seorang atau kedua-duanya sekarang boleh dikatakan berasal dari Jemp0l.
Untuk kemudahan kenal pasti mereka digelar sebagai Muhammad Abdullah A dan Muhammad Abdullah B. Mungkin yang lebih tua dipanggil A, saya kurang pasti. Yang pasti Muhammad A berbadan kecil sedikit dari Muhammad B.
Kedua-duanya sekarang sudah bersara tetapi menetap di luar Negeri Sembilan. Si A menetap di Kajang, Selangor dan si B di Melaka.
Walau pun sudah dipisahkan dari banyak segi nasib menentukan mereka menghadapi delima sekali lagi pada tarikh 14 Disember 2008. Di tarikh itu mereka mengadakan kenduri perkahwinan anak masing-masing. Muhammad A menerima menantu lelaki sedangkan Muhammad B pula menerima menantu perempuan. Si B menerima menantu kali pertama sedangkan saya kurang pasti mengenai Muhammad A.
Ini menimbulkan delima kepada kawan-kawan lama mereka termasuk saya. Lebih-lebih lagi saya tinggal di tengah-tengah mereka walau pun saya berada lebih dekat dengan Muhammad A di Kajang.
Saya menghadapi satu lagi delima oleh kerana seorang dari jiran dan imam surau saya juga mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya di hari yang sama.
Dengan meminta berbanyak-banyak maaf dari Muhammad A saya mengambil keputusan untuk pergi ke Melaka kerana saya lebih rapat dengan Muhammad B. Isteri saya Salmah tidak ikut sama kerana dia tahu kalau saya berjumpa kawan-kawan sekolah akan jadi terasinglah dia.
Tetapi sekurang-kurangnya dia mewakili saya pergi ke rumah jiiran kami itu.
Di tengah-tengah itu ialah dua Muhammad. Muhammad Abdullah B memakai ketayap dan di sebelah kirinya Muhammad Abdullah A. Mereka berjumpa semasa Muhammad B dan kawan-kawan dari Melaka mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri di Kg. Serkam, Melaka baru-baru ini. Gambar dengan ihsan Dr. Khairun Nazar.
1 comment:
Tuan, Thank you for dropping by my blog.
Post a Comment