Tuesday, March 30, 2010

Kalau malu bertanya....

Apabila saya menginap di mana-mana hotel yang mempunyai kolam renang saya pastikan saya berenang di dalamnya. Oleh kerana saya dan Salmah menghadiri dua majlis perkahwinan pada hari Sabtu 27 Mac 2010 yang lepas dan satu majlis pertunangan di hari esoknya semuanya di Melaka saya mengambil keputusan untuk menginap di mana-mana hotel di sana.

Saya berjaya dapatkan satu hotel atau 'resort' di Ayer Keroh. Dari gambar-gambar di internet saya tahu hotel ini mempunyai kolam renang. Tetapi apabila sahaja saya keluar dari Seremban saya sedar tidak membawa pakaian mandi dan 'goggles' saya. Saya fikir tak apalah, nanti saya beli satu seluar mandi di Melaka.

Setelah selesai menghadiri dua kenduri kahwin di Serkam dan Merlimau kami pun masuk ke hotel. Setelah berehat saya pun menuju seorang diri ke pasaraya Mydin berhampiran untuk membeli satu seluar pendek celoreng.

Apabila balik sahaja ke hotel Salmah memberitahu saya kolam renang hotel itu tidak boleh digunakan kerana airnya kotor. Saya tanya "Siapa cakap?". Jawapannya ialah anak saya Anis telah cuba masuk ke kolam dan ditahan oleh perenang-perenang lain.

Memang semasa 'check-in' tadi saya nampak air kolam itu tidaklah jernih sangat tetapi bak kata orang putih, 'I've seen worse' atau saya pernah nampak yang lebih teruk.

Saya terus memakai seluar yang baru saya beli tadi dan menuju ke kolam renang. Saya perhatikan tidak ada pun mana-mana notis mengatakan kolam renang tidak boleh digunakan atau ditutup. Notis 'Pool Closed' memang ada tetapi disandar di sebelah tandas kolam renang.

Saya perhatikan di kolam renang kanak-kanak terdapat lebih kurang sepuluh orang dewasa dan kanak-kanak sedang mandi. Kolam besar tidak diusik. Dua tiga orang dari mereka meberitahu saya bahawa kolam itu airnya kotor dan tidak boleh digunakan. Memang saya nampak ada daun-daun yang gugur dan terapung di atas air. Tetapi ini tidaklah dianggap mengotorkan.

Saya bertanya kepada pekerja-pekerja restoran di sebelah sama ada kolam besar itu boleh digunakan. Mereka pula menghubungi unit penyelenggaraan atau 'housekeeping unit' yang menghantar seorang anggotanya. Beliau berkata kolam boleh digunakan dan baharu sahaja dibersihkan pagi tadi.

Dengan diperhatikan oleh perenang-perenang yang berada dalam kolam kanak-kanak setinggi satu kaki itu yang tentunya hairan saya pun terjun ke kolam besar. Mereka berpandangan antara masing-masing dan kemudian seorang demi seorang mengikuti saya masuk ke kolam besar.

Saya berfikir jika saya tidak mulakan tadi mereka tidak akan masuk ke kolam besar. Rugilah mereka kerana kemudahan kolam renang sudah dimasukkan ke dalam kos sewaan hotel mereka.
Pepatah Melayu ada berkata "Malu bertanya sesat jalan".


Adakah air kolam ini kotor?


Buah ara di hadapan hotel.

2 comments:

Anonymous said...

Maarof

I hope you and your family members enjoyed your stay there.

Ha ha ha ... oleh sebab seronok mandi di swimming pool tu, ter'malas' nak join SDARA Melaka breakfast session.... he he he....

Next month breakfast session akan diadakan di rumah Herbal Spa Hj. Yaacob, Kg. Pulau, Bukit Baru.

wasalam
MA

melayuangkat said...

Salam Saudara,

Cantik tempat ni..