Wednesday, May 18, 2011

Mana letak Sungai Gadut?

Mungkin itulah soalan yang sering ditanya oleh penumpang KTM Komuter di antara Rawang dan Seremban sekarang. Ini kerana nama 'SEREMBAN' di kepala tren Komuter itu telah diganti dengan 'SUNGAI GADUT'. Pagi tadi saya diberitahu oleh seorang pegawai KTM bahawa mereka mempunyai sedikit masalah di Stesen KL Sentral. Ramai penumpang yang hendak ke Seremban keliru dengan nama Sungai Gadut itu.

Sebenarnya tidak ada pekan atau bandar bernama Sungai Gadut di Negeri Sembilan. Mukim Sungai Gadut pun tidak ada, kalau tidak silap saya. Beberapa tahun dulu adalah sederet kedai kayu di Sungai Gadut, tetapi ia telah dirobohkan kerana ditelan pembangunan di sekitarnya. Tetapi di Sungai Gadut jugalah terletaknya Kompleks Penyiaran RTM Negeri Sembilan. Disebelahnya pula tersergam kampus Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR, sekolah asrama penuh lelaki yang ternama itu. Sebenarnya juga itulah sekolah menengah saya.

Mulai 14 Mei 2011 yang lepas ada lagi satu kompleks bangunan yang sudah pasti mengenalkan lagi nama Sungai Gadut. Kompleks itu ialah Stesen KTM Sungai Gadut. Saya ada menceritakan mengenai pembinaan stesen itu sebelum ini. Sila klik di sini. Sekarang saya hendak menceritakan pengalaman saya menaiki KTM Komuter secara percuma dari Seremban ke Sungai Gadut dan balik.

Nama Sg, Gadut sudah tertera di papan-papan kenyataan stesen-stesen antara Rawang dan Senawang.

Pemberitahu stesen Sungai Gadut sudah dibuka. Cuma tidak diberitahu mengenai perjalanan percuma antara Seremban dan Sungai Gadut selama 7 hari. 

 Penumpang dari Seremban yang biasanya menunggu di Platform 1 untuk ke utara terpaksa menyeberang ke Platform 2.

Tren saya ke Sungai Gadut sudah sampai. Perhatikan nama SUNGAI GADUT di tren.

Saya mengajak isteri saya Salmah untuk menaikki tren percuma. 

Dah sampai di Platform 1 stesen Sg. Gadut.

Kalau masih tak percaya.

Ambil gambar sendiri di cermin. Cermin ini sebenarnya menjadi panduan kepada pemandu. Biasanya berbentuk bulat dan tidak besar dan segi empat seperti ini.

Papan kenyataan LCD berbeza dengan jenis lama LED. Ia bertukar bersilih ganti dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

Kaunter tiket di Tingkat 1. Lantai masih berkilat dan memberi sedikit ilusi.

Ruang menunggu di Tingkat 1 masih kosong.

Tempat letak kereta di Tingkat Bawah juga masih kosong.

Ini pandangan Platform yang mesra OKU. Platform berada di Tingkat 2.

Mereka pekerja kontrak KTM. Bangunan di belakang ialah SRJK Tamil Senawang. Mungkinkah ada guru atau murid sekolah ini datang ke sekolah menaiki tren?


Nampak RTM dan SDAR dari tren.

Papan kenyataan di stesen Senawang.

Tempat letak kereta di stesen Senawang masih kosong.

Pandangan ke utara dari stesen Senawang.

Kaunter tiket stesen Senawang di Tingkat Atas. 

Platform stesen Senawang. 

Dah balik ke Seremban. Tren laju ETS Ipoh - Seremban berlabuh di Platform 3. Adakah dia juga akan ke Sungai Gadut? 

Sudah tentu ada tuan punya kereta ini yang tinggal di sekitar Senawang dan Sungai Gadut. Tak payah lagi bawa kereta ke Seremban, bang. Diharap juga kesesakan lalulintas di Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban akan kurang selepas ini bila tren sampai.

5 comments:

norizan hashim said...

info yg teperinci...tq...nnt zan nk kesana..tunggu ye...

norizan hashim said...

info yg teperinci...nnt zan nk kesana...tunggu ye...

Abu Nu'man said...

Rasanya nak bawa anak-anak naik tren sementara masih free ni. Bape lama perjalanan dari seremban ke sg. gadut?

Maarof said...

Tak free lagi. Perjalanan dalam 5 minit sahaja.

My name is Liana said...

bleh sy tau di stesen senawang ade x perkhidmatan teksi..terima kasih