Friday, May 20, 2011

Stesen KTM Senawang tidak mesra pengguna.



Di dalam pos saya sebelum ini saya nyatakan tempat letak kereta di Stesen KTM Senawang masih lengang walau pun sudah dibuka selama empat hari. Sedangkan apabila pasaraya seperti Carrefour dan Tesco baru dibuka kereta melimpah keluar dari tempat letak kereta yang disediakan. Malah khidmat KTM Komuter dari Seremban ke Sungai Gadut dengan Senawang di antaranya diberi percuma dari 14 Mei 2011 sehingga hari ini.

Pagi tadi saya dapat jawapannya. Saya pergi ke Dataran Senawang dengan seorang kawan dan dalam perjalanan balik kami singgah di Stesen Senawang. Saya terpaksa memandu jauh dan membuat pusingan 'U' dilarang untuk pergi ke stesen baru ini. Untuk pergi ke Stesen KTM Senawang seorang yang memandu dari Taman Marida, Taman Senawang Jaya dan kawasan-kawasan sekitarnya terpaksa pergi sehingga ke Tol Lebuhraya PLUS Senawang dan membuat pusingan 'U' di sana. 

Lebih memelikkan ialah penduduk yang tinggal di Taman Seri Mawar yang hanya terletak bersebelahan dengan stesen baru ini terpaksa membuat perjalanan yang sama. Melainkan jika mereka memotong pagar yang memisahkan taman mereka dengan stesen. 

Saya hairan kenapa pembahagi jalan berdekatan bank CIMB Senawang tidak boleh dibuka dan satu lampu trafik baru dibina untuk memudahkan penduduk Senawang pergi ke stesen keretapi mereka. Sedangkan untuk pasaraya Carrefour dan Tesco pembahagi jalan boleh dibuka dan lampu trafik baru dibina. Kenapa projek kerajaan seperti stesen KTM baru dianaktirikan sedangkan projek swasta diutamakan?

Satu perkara yang melucukan saya ialah setiap penumpang tren di stesen Senawang dikehendaki naik ke tingkat atas dan membeli tiket di sana sebelum turun ke platform. Kenapa tiket tidak boleh dijual ditingkat bawah? 

Sepatutnya KTM memikirkan keselesaan pengguna apabila membina satu stesen baru seperti Stesen Senawang. Jika tidak saya bimbang stesen yang tersergam indah itu akan menjadi satu gajah putih.

   

3 comments:

Sanat' said...

Saya agak pelik dengan pekara ini. Senawang merupakan bandar yang pesat dan isu kesesakan tol Senawang tidak boleh dinafikan. Kenapa kerajaan Negeri Sembilan tidak membuat hebahan mengenai laluan KTM Senawang. MESRA PENGGUNA memang pekara asing bagi Warga KTM. Saya harap tag Tidak menerima rasuah PDRM, harus dikembangkan ke pihak KTM dgn moto "Mesra dan Ceria budaya Kami". Fikirlah Sendiri KTM!

shan said...

adakah encik cikgu sekolah senawang? cikgu music?

terima kasih

Maarof said...

Shan,

Tidak.