Nyamuk Aedes Aegypti
Baru-baru ini saya telah dilantik menjadi Pengerusi Combi taman perumahan saya. Combi ialah nama singkat untuk 'Communication for Behavioural Impact' atau maknanya dalam Bahasa Melayu 'Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku'. Ia digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai satu usaha untuk melibatkan orang ramai dalam mengawal demam denggi yang seolah-olah tindak terkawal sekarang.
Mungkin agaknya Kementerian Kesihatan masih teringat-ingat dengan van VW Combi yang mereka pernah gunakan pada tahun-tahun 1960 dan 1970an dulu. Saya masih ingat di tahun 1960 di mana pergelangan tangan saya patah akibat jatuh dari basikal. Akibatnya saya dimasukkan ke hospital, mula-mulanya di Jelebu, Negeri Sembilan, kemudian dipindahkan ke Seremban menaiki ambulans VW Combi. Apabila saya mula bekerja dengan Kementerian Kesihatan saya juga sering menaiki VW Combi dalam latihan saya.
Saya sudah menjangka diminta untuk memberi ucapan dalam majlis perasmian Combi taman saya itu. Berikut ialah lebih kurang ucapan saya dalam majlis perasmian itu:-
Kita sekarang sering menyalahkan kerajaan. Kita salahkan kerajaan bila harga minyak naik. Kita salahkan kerajaan apabila anak-anak muda kita mati akibat merempit. Tetapi dalam masalah yang kita hadapi hingga tertubuhnya Combi untuk taman kita ini, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan. Sebaliknya kita kena salahkan diri kita sendiri. Kerana kita sendirilah yang menyebabkan diri kita dihinggapi demam denggi.
Sebenarnya saya dulu pun bekerja dengan Kementerian Kesihatan (saya sebut begitu kerana semua penduduk taman saya tahu saya ialah pesara dari Majlis Perbandaran Seremban). Semasa saya mula-mula bekerja dahulu di penghujung tahun 60an demam denggi belum wujud di negara kita. Dalam lain perkataan ia belum diimport masuk ke Malaysia. Di waktu itu wabak yang menjadi masalah di negara kita ialah demam malaria.
Tetapi dalam kes demam malaria kita boleh salahkan kerajaan. Mula-mula kerajaan British dulu telah 'salah' kerana menebang pokok-pokok untuk mewujudkan bandar-bandar seperti Seremban. Akibatnya mereka juga mewujudkan tempat-tempat pembiakan nyamuk anopheles, iaitu iatu pembawa demam malaria. Ini kerana nyamuk anopheles membiak di lopak-lopak kecil air mengalir di sinar matahari. Dalam Bahasa Inggeris lopak-lopak ini dipanggil 'seepages'. Untuk mengawalnya kerajaan telah membina apa yang dipanggil 'anti-malarial drains' untuk menghapuskan 'seepages' ini. Di mana 'anti-aalarial drains' tidak dapat dibina kerajaan menyembur 'seepages' tersebut dengan minyak seminggu sekali supaya jentik-jentik anopheles didalamnya mati lemas. Proses ini dipanggil 'oiling'.
Kemudian sekali lagi kerajaan 'salah' kerana menebang hutan untuk dijadikan rancangan Felda. Tetapi kerajaan tidak sanggup membuat 'anti-malarial drains' dan 'oiling' di kawasan Felda. Sebaliknya kerajaan menyembur dinding rumah-rumah peneroka dengan racun serangga yang boleh melekap di dinding selama enam bulan.
Kajian mendapati setelah nyamuk betina anopheles menghisap darah manusia dia akan berehat di dinding rumah. Jika dinding rumah sudah disembur racun serangga nyamuk yang kekenyangan itu akan mati apabila perutnya tersentuh racun tersebut. Dengan matinya nyamuk itu ia tidak sempat untuk menyuntik manusia lain dan memindahkan kuman malaria dari mangsa suntikannya sebelum itu.
Langkah-langkah tersebut berjaya bukan sahaja mengawal penyakit malaria tetapi menghapuskannya. Sudah berpuluh tahun saya tidak mendengar sesiapa diserang demam malaria di negara ini. Agaknya nyamuk anopheles pun sudah pupus. 'Anti-malarial drains' sekarang sudah menjadi longkang biasa mengalirkan air hujan dari rumah-rumah ke longkang-longkang besar.
Mungkin kita akan bertanya kenapa tidak gunakan kaedah yang berjaya digunakan untuk demam malaria untuk mengawal demam denggi pula. Jawapannya dunia nyamuk anopheles yang membawa demam malaria dengan nyamuk aedes pembawa demam denggi adalah berbeza. Di mana nyamuk aedes hidup akan diterangkan lebih lanjut oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan, Seremban nanti (yang hadir sama).
Mungkin nyamuk aedes betina yang kekenyangan tidak berehat di dinding rumah. Oleh itu kaedah semburan racun serangga yang tahan lama tidak memberi apa-apa faedah. Seperti yang saya nyatakan tadi, semasa saya dilatih dulu demam denggi belum wujud di Malaysia. Jadi pengetahuan saya mengenai penyakit ini agak terhad kerana di masa itu saya tidak diajar mengenainya secara terperinci.
Cuma apa yang saya ingin terangkan di sini ialah kita tidak boleh menyalahkan sesiapa termasuk pihak berkuasa atau kerajaan jika kita atau ahli-ahli keluarga kita terkena demam denggi. Kita kena salahkan diri kita sendiri.

No comments:
Post a Comment