Setelah biasa dengan laluan KTM Komuter dan ETS Seremban - Kuala Lumpur - Ipoh sambil sekali sekala menaiki LRT dan monorel Rapid KL dan sekali menaiki ERL dari KLIA ke KL Sentral sudah tentu saya dapati laluan pantai timur antara Bahau dengan Tumpat agak daif.
Seorang kawan saya menanyakan sudahkah laluan pantai timur dinaiktaraf ke trek berkembar? Minta maaf, agaknya kawan saya ini kurang mengikuti perkembangan KTM. Laluan trek berkembar dari Ipoh ke utara masih dalam pembinaan. Laluan Sg. Gadut - Rembau walau pun sudah siap, belum lagi mengadakan khidmat tren elektrik.
Selepas ini sudah tentu KTM menaiktaraf trek Gemas - Woodlands, Singapura. Nampak gayanya untuk laluan Gemas - Tumpat dinaiktaraf ke trek berkembar akan mengambil masa berpuluh tahun lagi.
Stesen-stesen dari Bahau ke Tumpat mempunyai satu platform sahaja, berbeza dengan stesen Seremban yang sudah mempunyai tiga platform sejak saya mengenali keretapi lagi. Mengikut Hj. Bain, ketua rombongan kami yang dulu bekerja dengan KTM koc-koc yang kami naiki itu sudah berumur lebih 30 tahun. Jadi bayangkanlah kedaifannya jika dibanding dengan koc-koc tren elektrik yang saya sebut di perenggan pertama di atas.
Berikut ialah cerita bergambar perjalanan saya dari Bahau ke Kuala Krai. Minta maaf banyak gambar yang kurang jelas kerana diambil dari dalam tren yang sedang bergerak.
Ketua Stesen menyampaikan 'gelang' kepada pemandu tren. Gelang itu sebenarnya mengandungi kebenaran bertulis dari Ketua Stesen untuk tren itu melalui trek di hadapannya. Ini bermakna trek di hadapannya selamat dilalui. Gelang itu akan dicicirkan di stesen berikutnya Kemayan, Pahang. Sebelum ini pemandu itu telah mencicirkan gelang yang diberikannya oleh Ketua Stesen Gemas.
Gembira berada dalam tren. Itu Hj. Bain yang berdiri.
Kemayan, Pahang, stesen pertama selepas Bahau.
Penjual makanan atas tren. Dia orang Kelantan.
Stesen Triang. Kebanyakan sungai dalam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan akan melalui Sungai Triang sebelum ke Sungai Pahang.
Mengkarak, jangan kelirukan dengan Karak.
Ambil gambar sendiri atas tren.
Mentakab.
Kerdau.
Jenderak
Masjid hampir dengan Jerantut.
Bandar Jerantut.
Jerantut, satu-satunya stesen selepas Bahau yang mempunyai papan nama baru.
SELAMAT DATANG KE JERANTUT
Tren berhenti lama di Jerantut kerana selisih dengan tren dari Tumpat ke Woodlands, Singapura. Saya pun sempat berposing seperti ini.
Dan ini.
Inilah kelemahan landasan keretapi satu trek di mana trek dikongsi untuk kedua-dua laluan pergi balik. Stesen diujudkan bukan sahaja untuk mengambil dan menurunkan penumpang, tetapi untuk tren selisih. Tren yang dijadualkan tiba awal terpaksa menunggu tren di hadapan tiba sebelum meneruskan perjalanan. Saya rasa kami berhenti 30 minit di Jerantut.
KRMBIT?
KERAMBIT sebenarnya.
Tren lalu sebelah Sungai Pahang beberapa kilometer sebelum Kuala Lipis.
Pertemuan dua sungai.
24115 di Kuala Lipis
25103 juga di Kuala Lipis.
PADANG TUNGKU atau PADANG TENGKU?
Pasar Merapoh, sudah hampir ke Negeri Kelantan.
Gunung batu kapur sebelum Gua Musang.
Gua Musang, stesen pertama di Negeri Kelantan.
Agaknya ada musang tinggal dalam gua itu.
Pokok-pokok atas gunung ini mati akibat kemarau baru-baru ini.
Agaknya tren ini tidak menjaminkan tempat duduk.
Alamak, saya lupa untuk mengambil gambar stesen Kuala Krai. Kami sudah sampai ke Kuala Krai, Kelantan dan inilah hotel kami. Kenapa tak panggil Hotel Emas?
Bersambung.....
1 comment:
A great travelogue....wonderful detailed pictures taken mainly while sitting down.....looking forward to the next episode.....
Post a Comment