Saturday, March 29, 2014

Orang naik kapalterbang, saya naik keretapi (Bahagian 1 - Stesen keretapi Bahau)




Jika pembaca meneliti pos-pos saya sebelum ini, jelaslah saya ini seorang peminat keretapi. Apabila rakan-rakan pesara saya dari Bahau dan Gemas, Negeri Sembilan mempelawa saya menyertai rombongan mereka ke Kelantan dan Terenganu menaiki keretapi baru-baru ini, jawapan saya 'kecil tapak tangan, beg saya tadahkan'.

Berikut ialah cerita bergambar mengenai perjalanan saya menaiki keretapi ke pantai timur dalam tempoh 25 hingga 28 Mac 2014.

Perjalanan bermula di Terminal 1 Seremban bila saya menaiki bas ekspres ini ke Bahau.

Dalam bas. Saya mempelawa isteri untuk ikut sama tetapi dia menolak.

Stesen bas Bahau. Agak jauh dari dari pusat bandar dan jauh juga dari stesen keretapi baru, tetapi ia tidak sesak. 

Tetapi kedatangan saya di Bahau dikejutkan melihat kerja-kerja merobohkan stesen keretapi lama.

Merobek sesuka hati.

Peniaga ini mungkin memikirkan masa hadapannya kerana sekarang kedainya tidak dikunjung orang lagi.


Ini mungkin antara gambar-gambar terakhir stesen keretapi lama Bahau sebelum ia lenyap dari pandangan.

Yang lama dan yang baru (yang berwarna biru di hujung sana tu). Sudah dapat rotan bertuah, akar tidak berguna lagi. Itulah nasib stesen keretapi lama Bahau.

Nama lama.

Nama baru.

 Wahai KTM, biarlah stesen lama tu dirobohkan, tetapi tolong jangan robohkan nama lama itu.


Ini dia rotan bertuah, stesen keretapi baru Bahau.

Papan tanda untuk stesen baru. Stesen ini lebih hampir ke pusat bandar dari stesen lama.

Notis tunjuk arah. Sila lihat bandar Bahau yang sangat hampir itu.

Antara jentera yang berhenti di stesen keretapi Bahau.

Termasuk yang mendoakan untuk penerbangan MH370.

Saya menunggu tren.

Mereka juga menunggu. Kebanyakan mereka ini ialah ahli rombongan saya ke Kelantan dan Terengganu.

Itu Hj. Bain di sebelah kiri, ketua rombongan. Dia pesara KTM.

Dari Bahau ke Tumpat semua stesen mempunyai satu platform sahaja. 

Itu tren sudah datang.


Bersambung...........

1 comment:

Anonymous said...

Assalamua'laikum bang....

Sy sgt tertarik dgn coretan abg...
Dan...masih menunggu sambungan cerita yg belum di sambung ini...

Harap dpt terus membacanya....

Slm...Terima kasih...