Tuesday, December 1, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 5 (Singgah di Kluang).

Di hari akhir lawatan kami ke Melaka dan Johor kami singgah di Kluang dan Muar.  Untuk memberipenghormatan dan perhatian kepada tuan-tuan rumah saya buat  satu pos untuk tiap-tiap lokasi Berikut ialah gambar-gambar kami singgah ke rumah Dato' Ismail bin Zam Zam, Sdarian 1956-1961.

Dato' Ismail Zam Zam ialah antara pelajar pertama yang masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak (SDAR) yang sekarang sudah berpindah ke Sungai Gadut. Seremban, Negeri Sembilan. Malah dialah antara pelajar Semenanjung Tanah Melayu yang mula-mula berjaya dipilih masuk ke sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) yang diujudkan oleh Penyata Razak 1956. 

Sebelum SDAR Tg, Malim belum siap untuk menerima pelajar Dato' Ismail ditempatkan sementara di Bukit Zaharah, Johor Bahru, Johor pada awal tahun 1956. Beberapa bulan kemudian barulah Dato' Ismail dipindahkan ke Tanjong Malim.

Walau bagaimana pun kemudahan di Tanjong Malim pada mulanya tidaklah seperti  SBP sepatutnya. Ekoran itu penuntut-penuntut SDAR telah mengadakan apa yang disebut 'Mogok' pada tahun 1961 apabila Dato' Ismail Zam Zam menjadi Ketua Murid atau 'Head Boy'. Dato' Ismail yang dituduh sebagai salah seorang perancang 'Mogok' itu telah dibuang sekolah.

Tetapi ini tidak menghalang Dato' Ismail meneruskan pelajarannya di luar. Akhirnya beliau menjadi seorang pendidik yang berjaya sehingga pernah menjadi Pengetua SDAR semasa kampus sekolah berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban. Beliau juga seorang penulis yang berjaya.  Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dato' Ismail Zam Zam.


Kami menuju ke rumah Dato' Ismail Zam Zam.

Dato' Ismail menyambut kami.

Ada diantara kami belum lahir semasa Dato' Ismail Zam Zam masuk SDAR. 

Dato' Ismail Zam Zam juga dikenali sebagai Zam Ismail. Biarlah poster itu bercerita.

Setiausaha Sdara Seniors Club, Zainuddin terus menyampaikan cenderamta kepada tuan rumah.

Walau kami ingin singgah sahaja, Dato' Ismail tetap menyediakan jamuan ringan untuk kami.

Dato' Ghani Sulaiman (baju hijau) mengambil alih sebagai Ketua Murid atau 'Head Boy' SDAR dari Dato' Ismail pada tahun 1962.

Selain jamuan ringan, Dato' juga menyediakan 'goodies' untuk kami bawa pulang.

Dato' Ismail menceritakan pahit manisnya sebagai peneroka pertama SDAR.

Akhirnya seperti biasa kami bergambar ramai.

Bersambung......

1 comment:

barbad said...

Assalam Tuan. Dato Ismail Zam Zam was our HM during our SDAR days circa 85-86. Blog yg bagus indeed.

Ar Badrul Hisham Mohamad
SDARIANS 85-89