Sudah menjadi adat di bulan puasa ini untuk kita membeli makanan untuk berbuka puasa. Tetapi adakah kita bertanya kepada diri kita sendiri sama ada penjual yang menjual makanan kepada kita itu berpuasa atau tidak.
Sudah menjadi salah satu tugas resmi saya memeriksa penjual-penjual yang menjual makanan di bulan Ramadan dalam kawasan pentadbiran jabatan saya. Dalam pemeriksaan saya itu saya pernah nampak ada diantara penjual makanan tersebut 'berbuka' di hadapan mata saya sendiri. Maksud saya berbuka sebelum masanya. Isteri saya Salmah juga ada berkata dia pernah melihat semasa azan Mahghrib dilaungkan ada peniaga-peniaga makanan dihadapannya buat selamba sahaja. Jika mereka berpuasa sudah tentu mereka berbuka puasa di waktu azan itu.
Saya ada membaca satu artikel mengenai KFC yang menyumbangkan ayam goreng kepada bakal jemaah Haji di Kompleks Haji Kelana Jaya sewaktu Subuh. Saya kurang jelas isi artikel sepenuhnya. Tapi saya ingat lebih kurang dipersoalkan sama ada penyembelih ayam-ayam tersebut mengerjakan Solat Subuh. Oleh itu kehalalan ayam-ayam goreng tersebut dipersoalkan kerana penyembelihnya mungkin tidak bersembahyang Subuh. Kalau saya salah tolong betulkan.
Itu baru meninggalkan satu fardu Solat. Bagaimana jika tidak puasa yang jelas meninggalkan satu Rukun Islam. Bagaimana pula status makanan yang disediakan dan dijual oleh orang yang tidak berpuasa ini? Untuk peniaga yang tidak berpuasa ini adakah hasil penjualan mereka dianggap halal?
Saya bernasib baik kerana jarang-jarang membeli juadah berbuka puasa. Kebanyakan makanan berbuka puasa saya disediakan oleh isteri saya Salmah.
3 comments:
ye jugak
saya tak pernah terfikir,
eh dan tiba2 saya terfikir,
kalau kita beli daging lembu di pasar, erm... lembu tu makan apa? adakah dari rumput punya tuannya? atau...
erm... sgt complicated untuk difikirkan kan...
jadi bagaimana yer?
erm pening jugakan :D
terima kasih kerana berkongsi ilmu
saya suka baca blog encik:D, teruskan update ya!
ops, maaf, td saya yang komen, terpakai id suami :D
Brother Maarof,
Ada kawan kita yang pakai ID suami he he. Saya kena hati hati apa yang nak ditulis. Saya tak mahu menghukum kerana pengetahuan ugama cetek. Cuba fikirkan makanan berbuka kita perolehi dari berbagai sumber. Kalau home minister masak pun mungkin ikan di beli dari peniaga yang tidak mengerjakan ibadat wajib termasuklah puasa. Apatah lagi jika dibeli dari yang bukan berugama Islam. Saya makan apa yang dihidangkan. Kalau ada home cooking saya akan motivate home minister dengan menjamahnya dulu, yang pasar ramadhan saya makan kemudian kalau masih lapar.
Post a Comment