Monday, September 29, 2008

Jangan berjanji jika tak ditepati

Menunggu bekalan daging. Sila lihat lori di belakang itu.


Lori Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang sepatutnya membawa daging. Tetapi ia jelas kosong.

Saya masih ingat isteri saya Salmah beratur untuk membeli daging lembu di Pasar Tani Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semasa Hari Mantai menyambut puasa dulu. Kami memang sudah sebati dengan Pasar Tani di Stadium itu oleh kerana lama tinggal di Taman Paroi Jaya sebelah Stadium itu.

Untuk Hari Raya ini Salmah mendapat tawaran daging dari seorang saudaranya yang berjanji menghantarnya terus ke rumah. Salmah menerima tawaran itu kerana tidak mahu lagi beratur panjang untuk membeli daging. Untuk daging ayam kami sudah membelinya di Tesco Seremban pada Hari Sabtu 27 September yang lepas.

Kami juga pergi ke Pasar Tani Stadium Tuanku Abdul Rahman semalam (Ahad 28 September 2008) untuk membeli keperluan lain untuk Hari Raya. Antara yang dibeli ialah daun kelapa muda untuk dibuat ketupat. Dalam keluarga saya cuma saya seorang yang boleh menganyam ketupat. Ini saya pelajari dari emak saya.

Di sekitar Seremban dan mungkin juga sekitar Negeri Sembilan sudah dihebahkan mengenai Pesta Mantai yang akan diadakan di Tapak Kem Paroi pada Hari Isnin 29 September 2008. Kononnya beratus ekor lembu akan disembelih. Ini tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana Salmah sudah memesan daging dari awal. Walau bagaimana pun saya tetap pergi ke sana untuk melihat keadaan dan untuk membeli apa yang patut dibeli.

Saya lihat beratus, mungkin beribu orang beratur untuk membeli daging lembu tetapi daging tak nampak. Saya cuma nampak satu kepala lembu sedangkan daging dan tulangnya sudah habis dijual.

Kemudian lalu sebuah lori Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang jelas kosong. Orang ramai pun bertanya kepada pemandunya "Mana daging?" Pemandu menjawab "Daging dah habis, yang tinggal hanya tulang".

Kemudian saya lihat ramai orang yang berkumpul tadi bersurai. Ada seorang yang menjerit "Apo tak tulih daging dah habih di dopan tu?". Saya lihat beberapa VIP menunggu di khemah VIP. Mereka sebenarnya menunggu ketibaan Dato' Menteri Besar untuk merasmikan Pesta Mantai ini. Daging lembu dah habis, nak rasmikan apa lagi?

Supaya tidak pulang dengan tangan kosong saya membeli beberapa helai lagi daun kelapa muda untuk dibuat ketupat.


4 comments:

Mohd Shah Khalid said...

Brother Maarof,
Kesian melihat orang ramai yang kecewa untuk mendapatkan bekalan daging. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan ini adalah acara tahunan. Nampaknya tiada perancangan rapi dibuat oleh pehak berkenaan. Pa' Menteri saban hari melaongkan bekalan cukup.
Tentang menganyam ketupat, bertuah anda, kemahiran dipeturunkan oleh emak, giliran anda peturunkan kepada anak anak pula (cascading effect). Kalau tidak ilmu sebegini akan pupus nanti.
Saya juga tahu menganyam ketupat, belajar di SDAR. Saya orang utara, jadi kami makan ketupat pulut daun palas. Arwah emak saya juga telah mengajar saya membuat ketupat daun palas ini. Bolehlah buat kalau terdesak. Semasa di SDAR saya dan beberapa kawan yang lain selalu menolong Ustaz Bond dan HM membuat ketupat. Disitulah saya pelajari cara menganyam ketupat nasi. DiSDAR juga saya telah berpeluang mengikuti kursus pekebun kecil getah semasa ditingkatan empat. Banyak yang dipelajari semasa diasrama bukan setakat akedemik sahaja.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Bathin kepada anda sekeluarga. Salam.

Md Shah Bachik said...

Bueh apo poi gunting ghambut Maarof? Ghambut kau kan ado bona

Md Shah Bachik said...

Agaknya orang ramai beratur nak beli daging, sebab daging di situ murah. Di Tampin, daging batang pinang RM20 sekilo. Tapi kita yang dah tua2 ni, eloklah kurangkan makan daging.

Maarof said...

Sebenarnya ramai yang menunggu kerana harga murah. Daging ini yang kehabisan awal. Selepas jam 12.30 tengah hari bekalan baru dengan harga biasa dikeluarkan. Saya fikir harga dagimg patut ditetapkan. Jika tidak saya takut nanti pembeli akan bersesak sesak dan menimbulkan situasi bahaya seperti yang sering berlaku di Indonesia.