- Ruang-ruang tersebut sudah dipenuhi oleh jemaah lain.
- Adalah mengambil masa untuk berpindah dari kawasan tawaf ke bangunan utama Masjid.
Seperti yang saya sebut tadi memang ada kawasan-kawasan khas di banguan utama Masjidil Haram untuk mengasingkan lelaki dan perempuan. Tetapi peraturan ini tidak dikuatkuasakan. Sekurang-kurang tidak semasa saya mengerjakan Haji baru-baru ini. Saya ada terbaca dalam satu majalah Haji di Makkah bahawa pihak Saudi ada bercadang untuk menguatkuasan pengasingan lelaki perempuan di bangunan utama Masjidil Haram. Tetapi ini telah dibantah oleh gulungan-gulungan perempuan yang menganggapnya sebagai satu diskriminasi kepada kaum wanita.
Mungkin ada pembaca yang bertanya mengapa saya menimbulkan perkara ini sekarang dan tidak di topik khas saya 'Mengerjakan Haji' dulu.
Baru-baru ini ada seorang kawan saya menceritakan dalam satu forum di mana saya menjadi salah seorang ahlinya seperti berikut:-
- Dia telah pergi ke satu Stesen Minyak Petronas berhampiran KLIA untuk menunaikan solat.
- Dia dapati cuma ada satu surau di Stesen Minyak ini dan dia pun terus mendirikan solat.
- Tiba-tiba datang beberapa orang perempuan dan bersolat bersebelahan dengannya.
Dia menulis dalam forum itu seolah-olah kesal tentang sikap pihak Petronas yang menyediakan hanya satu surau untuk gunasama lelaki dan perempuan. Jelasnya lagi apa kata jika datang Pak Arab dan melihat lelaki dan perempuan bersolat bersebelahan. Pak Arab mungkin bertanya Mazhab apa yang dianuti oleh orang Malaysia ini.
Saya menjawab jika Pak Arab nampak dia tak akan marah, malah akan berkata 'Ini lah cara bersolat yang betul'. Saya terus ceritakan situasi di Masjidil Haram mengikut pengalaman saya. Ada juga beberapa ahli forum lain yang memberi komen terhadap jawapan saya itu. Mereka yang memberi komen agaknya juga telah menjejak kaki ke Masjidil Haram ini.
Apa yang saya nak bangkitkan disini ialah mengapa kita ada 'double standards' dalam perkara ini. Masjidil Haram merupakan Masjid bagi segala Masjid. Dalam perkataan lain ia adalah Masjid Nombor Satu di dunia. Sepatutnya peraturan-peraturannya (melainkan arah kiblat) diikuti di seluruh dunia, terutama mengenai pengasingan lelaki dan perempuan. Nasib baiklah orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke Tanah Haram Makkah. Dari itu mereka tidak dapat melihat keadaan dalam Masjidil Haram berbanding dengan masjid-masjid lain. Kalau mereka nampak apakah pandangan mereka terhadap kita?
Mungkin ada diantara kita akan berkata orang ke Masjidil Haram itu untuk beribadat. Oleh itu mungkin tidak timbul niat lain yang serong. Jadi tak apalah bercampur lelaki dan perempuan. Tapi bukan kah kita juga ke Masjid dimana-mana pun untuk tujuan yang sama?
1 comment:
Brother Maarof,
Bila ada normal standards tentulah ada deviation atau abnormal standard. Pada saya inilah kelonggaran yang diberikan supaya sesaorang itu boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat keputusan yang bijak. Tetapi jika ada pehak yang mengambil kesempatan, itu lain ceritalah. Satu contoh semasa sembahyang Jumaat, kita dapati ramai yang double parking berdekatan mesjid. Waktu lain tentu kena saman tetapi waktu sembahyang Jumaat polis tidak ambil tindakan. Adakah ini juga double standard. Dalam hal ini saya tidak kerana pehak polis telah menggunakan budu bicara mereka.
Post a Comment