Friday, September 26, 2008

Cuti Raya

Minggu lepas boss saya panggil semua kakitangan untuk mesyuarat. Antara perkara yang dibincang ialah Cuti Raya. Dua minggu lepas dia sudah mengarahkan kami supaya menghantar borang cuti awal-awal. Di samping itu ia minta satu carta cuti disediakan awal-awal lagi. Ini membolehkannya melihat siapa yang bercuti pada hari-hari bila.


Soalan yang pertama ditujukan kepada saya. Dia hairan kenapa saya memohon cuti raya pada tahun ini sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya saya jarang-jarang bercuti raya. Kalau ada pun cuma satu dua hari selepas raya. Saya terangkan oleh kerana saya sudah menjadi pekerja kontrak cuti saya tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Pada tahun lepas pula saya berjimat cuti kerana memikirkan saya akan menunaikan Fardu Haji. Manalah tahu big boss tidak meluluskan Cuti Haji saya kerana saya pekerja kontrak. Tiba-tiba Cuti Haji saya diluluskan. Jadi baki cuti saya pada tahun lepas terbakar hangus begitu saja.


Dia tanya lagi ada nak pergi mana-mana ke Raya ni? Saya kata tidak kerana isu balik kampung sendiri atau kampung isteri semasa Hari Raya sudah tinggal sejarah bagi saya. Cuma kami akan ke rumah emak saya selepas sembahyang Raya dan seterusnya ke kampung isteri saya. Lepas tu balik Seremban untuk menerima anak-anak beraya di rumah kami pula.


Jawabnya ''Kau cutilah lopeh Ghayo dah habih. Lopeh dio oghang sumo ni balik kojo". Untuk jaga hati boss saya akurlah pada arahannya. Saya perlu jaga hatinya kerana saya ingin menyambung kontrak saya pada tahun hadapan. Jika tak dapat sokongannya tak ada peluanglah saya. Bukan apa, saya nak duduk rumah saja buat apa? Baik saya kerja.

Jadi saya pun menarik balik Cuti Raya saya. Jadi saya cuti dua hari sahajalah.

Selamat Hari Raya.

1 comment:

viruspadu said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Dari vp, laloque dan An-Nisa