Wednesday, June 15, 2011

Touch 'n No Go


Pembaca tentu tahu apa gambar ini. Ini gambar kad Touch 'n Go atau bermakna 'Sentuh dan Jalan'. Saya telah menggunakan kad ini sekian lama dan tidak menghadapai masalah. Cuma ada sekali saya menghadapi sedikit masalah apabila menggunakan kad ini dengan alat Smart Tag. Besi halangan di satu Plaza Tol tidak naik, bukan kerana kad Touch 'n Go saya tidak ada kredit, tetapi alat Smart Tag tidak cukup bateri. Dari itu saya pastikan alat Smart Tag saya sentiasa mempunyai cukup bateri.

Saya juga menggunakan kad Touch 'n Go apabila menaiki KTM Komuter, LRT dan Monorail. Semuanya juga tidak ada masalah sehinggalah petang tadi. 

Seluruh hari tadi saya di PWTC Kuala Lumpur untuk menghadiri satu persidangan blogger. Untuk keterangan lanjut sila lihat di sini. Saya ke sana menaiki KTM Komuter dari stesen Seremban dan turun di stsesen Putra. Seperti biasa saya menggunakan kad Touch 'n Go. 

Di pagi tak ada masalah tetapi di sebelah petang apabila saya turun di stesen Seremban kedua-dua pembaca Touch 'n Go di situ di tulis 'ROSAK'. Saya diarah pergi ke kaunter tiket untuk menyelesaikan transaksi kad tersebut, jika tidak 'kena denda' kata seorang kakitangan KTM di situ.

Apabila saya ke kaunter telah berbaris panjang beberapa pemegang kad Touch 'n Go. Saya tidak tahu apakah tindakan kakitangan di kaunter tiket terhadap kad kami. Penumpang yang menggunakan tiket biasa semuanya telah meninggalkan stesen. Mungkin ada diantara mereka tertawa dalam hati melihat nasib kami. Kebetulan ramai penumpang menaiki KTM Komuter pada petang tadi, sehinggakan ada yang berdiri sehingga Seremban.

Saya terfikir hendak terus balik sahaja tanpa menyerahkan kad Touch 'n Go saya di kaunter. Tetapi saya juga takut akan didenda nanti. Oleh itu saya pun beratur dengan hati yang marah juga. Saya juga hairan melihat semua penumpang sebelum saya menyerahkan wang di kaunter.

Apabila tiba giliran saya menyerahkan kad, saya diminta membayar tambang sebenar dengan wang tunai dan kredit kad Touch 'n Go tidak diusik. Saya jangka tempoh masa dari saya turun dari tren sehingga meninggalkan kaunter tiket lebih kurang 10 minit. Saya tidak tahu apa akan jadi jika ada penumpang yang tidak cukup wang tambang.

Ini lah akibat apabila teknologi yang sepatutnya menyenangkan kita sebaliknya menyusahkan.

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

seronok menghadiri persidangan blogger sedunia ini..


saya nampak tuan dari belakang tepi mahaguru58.

harap jumpa nanti rehat.

Mshah said...

Brother Maarof,
TnG ni technology lama yang telah ketinggalan zaman.Ini lah padahnya kalau dimonopolikan oleh satu pehak. Smart tag pun dah jadi bodoh akhirnya.

zam said...

salam...baru firsttime guna..

tak tau silap saya sbb jauh sgt nak touch kat tmpt tol tu...sekali caj naik berganda ganda...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh