Wednesday, August 24, 2011

Perginya seorang kawan.

Raja Chulan dan Allahyarham Omar

Dua hari lepas lebih kurang sejam lagi waktu berbuka puasa aku menerima panggilan telefon dari kawan sekolah ku Raja Chulan. Aku baharu sahaja bertemu semula dengan YM Raja setelah berpisah sejak meninggalkan sekolah pada tahun 1967 dulu. Aku ada menceritakan pertemuan kami di sini.

Mula-mula aku sangkakan Raja mempelawa aku berbuka puasa dengannya, kerana aku tahu melalui laman sosial Facebook Raja pernah berbuka puasa di Seremban. Facebook juga menemukan kami semula setelah berpuluh tahun berpisah. Melalui Facebook juga aku menemukan semula kawan-kawan lama ku. Antara kawan-kawan yang aku kenalkan ialah Raja Chulan.

Tetapi Raja Chulan mendahului ku dengan berjumpa sendiri dengan kawan-kawan lama yang dapat dihubunginya semula. Dia pun pergi ke utara dan selatan untuk berjumpa semula dengan kawan-kawan kami. Antara yang dijumpainya ialah kawan kami yang bernama Omar bin Samani. Raja ada memasukkan gambar-gambarnya bersama Omar termasuk gambar di atas.

Apabila aku dan Raja bertemu semula baru-baru ini cerita pertama yang dibawanya ialah pertemuannya dengan Omar. Omar uzur katanya dan aku sudah berniat ingin berjumpa Omar di rumahnya di Bandar Penawar, Desaru, Johor. Omar mengidap sakit buah pinggang dan terpaksa menjalani dialysis berkala.

Tetapi niat ku tidak termakbul oleh kerana berita yang disampaikan oleh YM Raja Chulan dua hari lepas ialah  berita pemergian ke Rahmatullah kawan kami Allahyarham Omar. Raja juga meminta aku menyampaikan berita ini kepada kawan-kawan sekolah yang lain.

Kami ditakdirkan bertemu di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim, Perak, sebuah sekolah berasrama penuh yang sekarang sudah berpindah ke Seremban. Omar dari Johor, Raja Chulan dari Kuala Kangsar, Perak dan aku dari Jelebu, Negeri Sembilan ditemukan di sana dimana kami tinggal seperti adik-beradik. Asal usul dan darjat terpaksa kami lupakan apabila berada di sana. Sebagai contoh Raja Chulan ialah kerabat Diraja negeri Perak tetapi di sekolah dia tidak dimuliakan sebagai seorang anak raja.

Oleh itu pemergian seorang kawan sekolah kami amat dirasakan. Al-Fatihah kepada Allahyarham Omar bin Samani.

2 comments:

Abu Nu'man said...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...semoga Allah merahmatinya yang menemuiNya dalam bulan yang mulia

Wan Sharif said...

Semuga Allah's Rahmat dan Maghfirah bersama Omar Samani'

Kullu 'ammin wa antum bikhair.. May Ramadhan brought you and yours Allah's pleasure and Maghfirah